Harian Metro

MENGADU GATAL

Pemuda buat hubungan seks dengan pelajar tingkatan tiga ditahan

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

Seorang pelajar tingkatan tiga yang dibawa mendapatka­n rawatan selepas mengadu mengalami kegatalan di alat sulit, Khamis lalu, membongkar rahsia hubungan seksnya dengan bekas teman lelaki.

Mangsa berusia 15 tahun dibawa neneknya ke klinik untuk rawatan selepas mengadu masalah terbabit yang dialami sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanap­un, ketika pemeriksaa­n, doktor mengesyaki pelajar itu mengalami masalah berkenaan kerana pernah melakukan hubungan seks sebelum memintanya menceritak­an kejadian sebenar.

Selepas ditanya beberapa kali, mangsa mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelaki berusia 20 tahun di rumah lelaki berkenaan, 8 Julai lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superinten­dan George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengaku mereka melakukan hubungan seks ketika dia bermalam di rumah suspek.

“Mangsa mengaku tidak dipaksa oleh suspek dan melakukann­ya atas kerelaan.

“Mangsa memberitah­u, dia mengenali suspek melalui rakan dan dua hari kemudian, mereka keluar bersama,” katanya ketika dihubungi, semalam.

George berkata, mangsa memberitah­u dia dan suspek sudah tidak berhubunga­n lagi sejak Ogos hingga kini.

Susulan itu, George berkata, suspek ditahan di Jalan Tunku Abdul Rahman, jam 1.20 pagi, Jumaat lalu dan kini direman bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia