Harian Metro

ROBOHKAN GERAI USANG

- Cleo Will dan Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

Beri imej buruk kepada

pelancong dalam dan luar negeri ke Kundasang

Orang ramai meminta pihak berkuasa mempercepa­t proses merobohkan gerai sayuran dan buahbuahan lama di pekan Kundasang di sini, yang daif dan usang.

Ia selepas sebahagian daripada peniaga di situ sudah dipindahka­n ke tapak baru di lokasi lain di pekan berkenaan.

Rata-rata orang ramai yang ditemui mahu kawasan tapak lama dibersihka­n kerana ia menjejaska­n imej pekan itu sebagai destinasi pelanconga­n utama di Sabah.

Pelancong dikenali sebagai Jainuddin, 30-an berkata, keadaan tapak lama gerai sayuran dan buah-buahan itu hanya memberi tanggapan negatif kepada orang awam yang mengunjung­i Kundasang.

“Lebih-lebih lagi kita sedia maklum bahawa pekan ini menjadi tumpuan untuk pelancong yang mahu meneroka keindahan Taman Kinabalu.

“Setiap hari, ia menerima ribuan pelancong tempatan dan antarabang­sa.

“Justeru, saya harap deretan gerai lama ini dapat dirobohkan secepat mungkin.

“Tambahan pula, lokasi Metro Ahad, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini hanya 40 peratus daripada pengusaha gerai berkenaan sudah diberikan tempat di gerai baru.

Bagaimanap­un, bakinya masih menunggu untuk berpindah.

“Ini menyebabka­n masih terdapat pengusaha yang menjalanka­n perniagaan di tapak gerai yang usang itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sentiasa mengalualu­kan gerai terletak betul-betul di sepanjang jalan utama menuju ke Kota Kinabalu dan Ranau. Ini bermakna, sesiapa saja yang melalui pekan Kundasang akan melihat keadaan gerai usang berkenaan,” katanya.

Difahamkan, ketika ini, hampir 40 peratus daripada peniaga sudah berpindah ke tapak gerai baru, sementara bakinya masih beroperasi di tapak lama.

Pelancong dari Sarawak, Betth Ak Ngun, 49, pula berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) wajar mengambil inisiatif dengan meroboh tapak gerai lama itu dan membersihk­an kawasan berkenaan.

Dia yang melawat Kundasang bersama 25 rakan lain dari Sarawak berkata, gerai yang daif itu memberi imej buruk kepada pelancong.

“Sampai bila gerai lama yang juga pondok usang dibiarkan di tapak lama. Adakah kita perlu menunggu sehingga ia roboh.

“Jika dibiarkan begitu saja, ia bukan saja menyakitka­n pemandanga­n malah saya bimbang ia menjadi tempat tinggal haiwan perosak dan kerjasama majlis daerah untuk membantu menempatka­n peniaga di gerai baru yang lebih selesa.

Bagaimanap­un katanya, langkah itu dilihat tidak menguntung­kan peniaga kerana lokasi tapak gerai baru yang terletak jauh dari jalan utama menghala ke Ranau dan Kota Kinabalu.

“Sehubungan itu, kita turut meminta

MDR mengkaji semula keputusan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Marianah turut berbisa seperti tikus, ular, kala jengking dan lipan,” katanya.

Menurutnya, keadaan gerai itu yang menyambut kedatangan pelancong tidak sesuai dengan imej Kundasang dengan tagline ‘Kundasang Bersih dan Indah’.

Penjawat awam, Hanim, 30-an pula berkata, dia agak kecewa melihat keadaan gerai di tapak lama berkenaan ketika berkunjung ke pekan itu, baru-baru ini.

“Kita melihat di WhatsApp dan Facebook ada tersebar bahawa Kundasang kini berwajah baru yang mana komuniti di sini mengamalka­n slogan ‘Kundasang Bersih dan Indah’, namun lain pula realitinya apabila melihat gerai berkenaan.

“Sebagai warga Sabah yang tinggal di Kota Kinabalu, saya bangga bila mendengar cerita yang baik di kawasan ini, yang terkenal kerana pemandanga­n indah Kota Kinabalu.

“Bagaimanap­un, mengapa pula perkara sebegini tidak dapat ditangani dengan baik?” katanya. mencadangk­an supaya PBT terbabit membenarka­n peniaga yang mahu beroperasi di tapak gerai lama.

Bagaimanap­un katanya, majlis daerah terlebih dahulu perlu membantu membaik pulih gerai berkenaan yang sudah usang.

“Penduduk kampung sebenarnya lebih selesa berniaga di tapak gerai lama. Lokasinya strategik dan memudahkan pelanggan untuk singgah kerana betul-betul di tepi jalan utama,” katanya.

 ??  ?? GERAI lama di pekan Kundasang yang
daif dan usang.
GERAI lama di pekan Kundasang yang daif dan usang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia