Harian Metro

IDAM RM5 JUTA TAPI RUGI RM7 JUTA

Suri rumah dakwa ditipu lelaki jual nombor ramalan dari syarikat loteri di Hong Kong

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

Dalam tempoh tiga bulan seorang suri rumah kerugian RM7.9 juta dipercayai ditipu lelaki yang menawarkan nombor ramalan dengan hadiah kemenangan RM5.5 juta.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa yang berusia 49 tahun hanya mengenali suspek melalui Facebook sejak Julai sebelum menyedari ditipu September lalu.

Beliau berkata, mangsa yang tidak pernah menemui suspek memaklumka­n lelaki itu bekerja di syarikat loteri di Hong Kong.

“Suspek menawarkan nombor ramalan kepada mangsa sebelum bersetuju membelinya pada harga RM102,300 dengan hadiah bagi nombor ramalan itu AS$ 1.3 juta (RM5.5 juta).

“Selepas membuat bayaran suspek memaklumka­n mangsa memenangi nombor ramalan dibeli itu.

“Mangsa diminta membuat bayaran tambahan iaitu cukai peribadi dan cukai kerajaan sebelum memperoleh wang terbabit,” katanya.

Beliau berkata, pengadu memasukkan wang diminta suspek ke dalam 22 akaun bank yang diberikan dengan jumlah keseluruha­n RM7,927,160.

Shamsul Amar berkata, sehingga kini mangsa belum menerima wang hadiah nombor ramalan dimenangi itu dan mengesyaki dirinya ditipu.

Beliau berkata, wang mangsa itu diperoleh daripada insurans kematian suaminya selain harta sepencaria­n bersama mendiang suami dalam perniagaan.

Mendiang suami mangsa juga mempunyai syarikat serta pemegang saham dan semua harta diserahkan kepada mangsa selepas pemergian suaminya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia