Harian Metro

Air naik paras betis secara mendadak

-

“Ini bencana banjir paling teruk pernah berlaku di kawasan ini sepanjang saya menetap di sini,” kata mangsa banjir Karimah Mohd Musa, 16.

Menurutnya, kawasan perumahann­ya iaitu Jalan Berlian 1 dan Jalan Berlian 2, Bagan Ajam, di sini, pernah dinaiki air beberapa tahun lalu.

Bagaimanap­un katanya, kejadian sebelum ini tidak teruk dan berbeza dengan banjir yang melanda selepas hujan sejak kelmarin.

“Kali ini air naik hingga ke betis secara mendadak jam 3 pagi semalam.

Kami hanya sempat selamatkan beberapa perabot, namun banyak harta benda rosak akibat terkena air.

“Alhamdulil­lah, air mulai surut jam 12 tengah hari, namun ada rumah yang belum surut berikutan kedudukann­ya lebih rendah.

“Banjir ini dipercayai berpunca daripada longkang tersumbat. Apabila air longkang penuh, ia melimpah ke rumah penduduk,” katanya.

Tinjauan mendapati air masih bertakung di beberapa lokasi sekitar Butterwort­h termasuk di Sungai Dua serta

Taman Bagan, di sini.

Manakala beberapa kawasan lain seperti Jalan Thambi Kecil dan Bagan Jermal pulih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia