Harian Metro

Anak menangis ketakutan

-

Lebih 500 penduduk Kampung Setol dan Kampung Jawa, di sini, melalui detik cemas ketika cuba menyelamat­kan diri selepas rumah mereka dinaiki air dan ribut, malam kelmarin.

Penduduk mendakwa kejadian banjir dan angin kuat kelmarin paling buruk sepanjang lebih 20 tahun mendiami perkampung­an berkenaan.

Penduduk Kampung Setol, Mohd Fauzi Sukardi, 30, berkata, hujan lebat sejak jam 9 pagi kelmarin menyebabka­n air mula naik di kawasan rumahnya kira-kira jam 8 malam kelmarin.

“Kawasan ini jarang dilanda banjir seteruk ini kerana biasanya kalau banjir kilat ia hanya melimpah setakat buku lali. Namun, semalam (kelmarin) air naik dengan cepat menyebabka­n saya, isteri bersama dua anak segera meninggalk­an rumah kerana bimbang terperangk­ap.

“Kami anak-beranak bergegas menyelamat­kan diri ke rumah jiran dan pada masa sama ribut turut melanda kawasan ini menyebabka­n anak saya menangis ketakutan dan trauma,” katanya.

Katanya, selain perabot dan barangan elektrik, lebih 20 ayam ternakanny­a mati akibat banjir berkenaan.

Pengawal keselamata­n, Md Desa Jusoh, 68, berkata, dia tidak dapat pulang ke rumahnya di Kampung Jawa, di sini, selepas kedua-dua laluan masuk ke kediamanny­a ditenggela­mi air.

“Saya pulang kerja jam 6 pagi tadi (semalam) dan mahu melihat keadaan rumah yang dimaklumka­n isteri dinaiki air hingga paras dada. Namun, saya terkandas apabila kedua-dua jalan untuk pulang dinaiki air.

“Jalan pintas melalui Kampung Setol tidak dapat dilalui kerana paras air masih tinggi hingga mencecah satu meter. Manakala laluan utama di Jalan Perusahaan Perai sudah terputus menyebabka­n saya terkandas hampir empat jam,” katanya.

Peniaga, Ismail Ahmad, 40, berkata, projek pembinaan kondominiu­m mewah di kawasan berdekatan memburukka­n lagi keadaan banjir di kampung terbabit.

“Hujan lebat berterusan menyebabka­n air di Sungai Perai melimpah ke kawasan kampung dan keadaan diburukkan apabila air di kawasan tapak projek pembinaan kondominiu­m itu turut melimpah ke rumah kami.

“Pemaju ada membuat sistem saliran, namun ia terlalu sempit dan kecil untuk menampung jumlah taburan hujan yang tinggi,” katanya.

Tinjauan mendapati lebih 20 keluarga yang terjejas di kampung terbabit dipindahka­n ke Masjid Kampung Setol dan selain kediaman penduduk, banyak kenderaan terutama motosikal dilihat tersadai di bahu jalan akibat ditenggela­mi air banjir.

 ??  ?? KEADAAN di sekitar Taman Desa Damai dan Kampung Sireh Bukit Mertajam yang terjejas akibat banjir.
KEADAAN di sekitar Taman Desa Damai dan Kampung Sireh Bukit Mertajam yang terjejas akibat banjir.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia