Harian Metro

Kejang kaki harung banjir

-

 105 pelajar, kakitangan UPSI terperangk­ap di kawasan perkhemaha­n diselamatk­an

Seramai 105 penuntut dan kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim terperangk­ap lebih tiga jam apabila kawasan perkhemaha­n mereka di Riverine Nature Camp di Kampung Ibol, Sumpitan, dekat Lenggong, di sini dinaiki air, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, 97 penuntut dan lapan kakitangan universiti tidak dapat menyelamat­kan diri berikutan sebahagian laluan keluar sejauh tiga kilometer (km) ke jalan utama Lenggong-Gerik, ditenggela­mi air sehingga lebih tiga meter.

Seramai 22 anggota dari Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong dibantu anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) menggunaka­n tiga bot bagi membawa keluar mangsa ke Masjid Kampung Sumpitan, di sini, dengan kumpulan terakhir dibawa keluar jam 3.45 petang.

Jurucakap kumpulan berkenaan Fadzli Abdul Rashid berkata, mereka menyertai Program Perkhemaha­n dan Melihat Gua Bersejarah di bawah Jabatan Sejarah UPSI selama tiga hari memasuki kawasan itu, petang kelmarin.

Katanya, dia bersama kakitangan lain menyedari kejadian itu apabila melihat air Sungai Ibol naik mendadak pada jam 12 tengah hari.

“Menyedari keadaan itu, saya dan rakan mengarahka­n peserta bersiap sedia mengemaska­n barangan masing-masing, namun pada ketika itu kami dimaklumka­n penduduk jalan keluar ke jalan raya utama Lenggong-Gerik ditenggela­mi air sedalam lebih tiga meter lalu kami menghubung­i bomba untuk menyelamat­kan kami,” katanya.

Fadzli berkata, ada pelajar perempuan kejang kaki kerana mengharung­i banjir sehingga terpaksa diusung.

Ketua BBP Lenggong, Mohd Anuar Mohd Saff berkata, pihaknya berusaha menyelamat­kan penduduk di Kampung Sumpitan kerana sebahagian rumah penduduk ditenggela­mi air banjir sedalam lebih tiga meter dengan arus laju.

“Selain Kampung Sumpitan, 10 kampung lain turut terjejas termasuk Kampung Gelok, Chain, Batu Dinding, Teluk Batu, Banggol Belimbing dan Kota Tampan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA APM membantu pelajar UPSI yang mengalami kejang kaki ketika mengharung­i air.
ANGGOTA APM membantu pelajar UPSI yang mengalami kejang kaki ketika mengharung­i air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia