Harian Metro

Dengar bunyi deruan macam air terjun

-

“Kira-kira jam 4 pagi tadi (semalam) saya terjaga tidur ketika hujan lebat sebelum terdengar bunyi deruan kuat seakan-akan air terjun di hadapan rumah,” kata Siti Atiyah Mohamad Isa, 35, berhubung kejadian tebing longkang besar dan jalan runtuh di Jalan 5 Taman Selasih, di sini.

Siti Atiyah berkata, dia dan suami, Mohd Khairi Abdul Rahman, 35, keluar untuk memeriksa kejadian.

Mereka terkejut mendapati tebing longkang besar di hadapan rumah runtuh bersama sebahagian jalan raya di Jalan 5.

“Kira-kira jam 8 pagi (semalam) air longkang deras menyebabka­n sebahagian jalan di hadapan rumah runtuh dan berlaku rekahan.

“Kejadian itu memaksa saya serta dua jiran mengosongk­an rumah kerana bimbang keselamata­n keluarga,” katany.

Siti Atiyah berkata, berlaku runtuhan tebing di lorong di taman itu bulan lalu, namun belum diambil tindakan oleh pihak berwajib.

Katanya, runtuhan di hadapan rumahnya semakin teruk kerana tidak dibaik pulih segera.

“Suami ada membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) 31 Oktober lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia