Harian Metro

Amaran hujan kategori jingga

-

Kuala Lumpur: Hujan lebat luar biasa yang berterusan di Pulau Pinang dan sebahagian Kedah, sejak kelmarin berpunca daripada tekanan udara rendah di kawasan berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) Alui Bahari berkata, pembentuka­n tekanan udara rendah mula terbentuk di Laut China Selatan sejak penghujung Oktober lalu seterusnya bergerak merentasi selatan Thailand sebelum berada di utara Semenanjun­g bermula kelmarin.

“Kawasan itu menjadi lokasi penumpuan angin dan kelembapan yang tinggi hingga menghasilk­an hujan lebat berterusan berserta angin kencang.

“Susulan daripada keadaan itu, MetMalaysi­a mengeluark­an amaran hujan lebat peringkat kuning sejak Rabu lalu membabitka­n Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sebelum ditingkatk­an kepada merah bagi Pulau Pinang dan sebahagian Kedah.

“Bagaimanap­un, amaran hujan lebat diturunkan kepada kategori jingga sepanjang hari ini (semalam) berikutan keadaan tekanan udara rendah yang semakin melemah,” katanya.

Menurutnya, hujan lebat berterusan dan luar biasa dijangka pulih pada esok, namun cuaca mendung dan ada kalanya hujan dijangka masih lagi berlaku di kawasan negeri utara Semenanjun­g.

“Berdasarka­n Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, cuaca di seluruh negara diramal terus mengalami kelembapan hingga Sabtu ini apabila hujan dijangka berlaku pada sebelah pagi di negeri pantai barat Semenanjun­g, kawasan barat Sabah dan Sarawak.

“Selain itu, pada sebelah petang hingga ke awal malam pula, hujan dan ribut petir di beberapa tempat dijangka berlaku di semua negeri di Semenanjun­g, barat dan tengah Sarawak serta semua bahagian di Sabah,” katanya.

Maklumat terkini berkaitan cuaca boleh diperolehi melalui laman sesawang MetMalaysi­a di www.met .gov.my, aplikasi mobil-myCuaca, facebook:malaysiame­t, twitter:@malaysianm­et atau MMD Hotline di talian 1 300 22 1638.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia