Harian Metro

Sedar lepas tengok WhatsApp

-

Yan: “Saya hanya sedar rumah dinaiki air sebaik melihat kumpulan WhatsApp kampung. Ketika saya baru pulang selepas menyaksika­n perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pagi semalam,” kata Azri Ismail, 40.

Banjir menyebabka­n kediaman keluargany­a di Kampung Teroi Bukit, Yan, di sini, tenggelam dan menyebabka­n ahli keluargany­a terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bukit Teroi.

Menurutnya, ketika kejadian itu, dia tiada di rumah kerana menyaksika­n perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kedah dan Johor Darul Takzim (JDT).

“Namun kami bernasib baik kerana kebetulan adik dan adik ipar saya yang tinggal di Sungai Petani pulang ke rumah untuk melawat ayah dan emak. Mereka yang menolong memindahka­n barangan ke tingkat atas kediaman,” katanya ketika ditemui sedang mencuci rumahnya selepas air mulai surut semalam.

Seorang lagi mangsa banjir, Rosdi Mat Zain, 36, berkata, banjir menenggela­mi rumahnya pada paras betis.

“Air bah mula memasuki rumah kira-kira jam 8 malam ketika saya sedang memasak untuk makan malam.

“Kami terus mengemas rumah dan memindahka­n barangan ke tingkat atas sebelum air naik ke paras paha kira-kira jam 11 malam,” katanya.

 ??  ?? AZRI dibantu anaknya, Zairil Azwan, 12, mencuci rumah mereka yang dimasuki air akibat hujan lebat di Kampung Teroi Bukit.
AZRI dibantu anaknya, Zairil Azwan, 12, mencuci rumah mereka yang dimasuki air akibat hujan lebat di Kampung Teroi Bukit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia