Harian Metro

108 pesakit, empat bayi dipindah

-

Georgetown: Musibah tidak hanya menimpa 108 pesakit malah empat bayi baru dilahirkan di Hospital Pulau Pinang (HPP) terpaksa dipindahka­n ke wad lebih selamat selepas wad diduduki dinaiki banjir.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Sukumar Mahesan berkata, hujan lebat kelmarin mengakibat­kan berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan di hospital berkenaan.

Beliau berkata, antara kawasan dinaiki air adalah Unit Pengangkut­an, tingkat bawah Blok C dan Blok D serta empat wad pesakit termasuk Wad Rawatan Rapi Neonatal.

“Berikutan itu, pesakit termasuk bayi dipindahka­n sekitar jam 2.30 pagi hingga 5.30 pagi tadi (semalam).

“Tiada kejadian tidak diingini berlaku dan semua pesakit mendapat rawatan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Sukumar berkata, perkhidmat­an rawatan pesakit luar dan ambulans diteruskan seperti biasa.

Berikutan itu, beliau memohon supaya orang ramai tidak menyebarka­n maklumat kurang tepat berkaitan kejadian berkenaan sehingga mencetuska­n suasana panik kepada waris pesakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia