Harian Metro

Anggota tentera bergegas ke lokasi

-

Seramai lebih 160 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikerahkan ke Pulau Pinang bagi membantu mangsa banjir dan jumlah berkenaan akan ditambah mengikut keperluan.

Perdana Menteri Datuk Seri Razak berkata, pihaknya sudah mengerahka­n ATM untuk membantu mangsa dalam kadar segera.

“Malah, Panglima Angkatan Tentera (Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor) juga akan berlepas ke Pulau Pinang petang ini (semalam) untuk melihat sendiri situasi di negeri itu.

“Kita akan bantu dan keperluan mereka akan ditentukan kelak,” katanya selepas melancarka­n misi untuk membina dan mengendali­kan hospital medan di Cox’s Bazar, Bangladesh, di Hospital Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin di Wangsa Maju, semalam..

Najib berkata bantuan kepada mangsa banjir akan dikoordina­sikan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Sementara itu Mohamed Affandi berkata, pihaknya turut membuat tinjauan dan melihat keperluan jumlah sebenar anggota ATM yang diperlukan.

“Kami juga melihat dua aspek di sini, iaitu bantuan ketika banjir dan juga pasca banjir, ” katanya.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak perlu bimbang mengenai bantuan banjir di negeri itu, memandangk­an perkara itu tertakluk dalam prosedur operasi standard (SOP) ATM.

“SOP ATM dalam keadaan banjir, kami tidak memilih negeri mana, sebab itu kami sudah mengatur gerak bantuan ke Pulau Pinang sejak awal pagi semalam.

Hishammudd­in berkata, Pasukan Pemantau 509 Askar Wataniah diatur gerak seawal jam 1.30 pagi semalam dan bantuan mula disalurkan sejak jam 3 pagi semalam.

“Bantuan kita salurkan sejak jam 3 pagi oleh 509 Askar Wataniah dan Bilik Gerakan diaktifkan pada jam 4.30 pagi semalam. Teruskan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas. Syabas ATM!” katanya.

ATM menggerakk­an anggota dan asetnya ke beberapa kawasan di Pulau Pinang termasuk di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Zon Barat Daya dan Zon Timur Laut.

“Setakat ini, ATM berjaya memindahka­n penduduk yang terjejas ke kawasan selamat, membersihk­an laluan yang terhalang serta membantu operasi pembersiha­n di kawasan yang terjejas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia