Harian Metro

Terima panggilan awal pagi minta bantuan kecemasan

-

Kuching: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menghubung­i Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, jam 3.33 pagi bagi mendapatka­n bantuan kecemasan dari kerajaan Pusat selepas Pulau Pinang dilanda banjir dan tanah runtuh, semalam.

Ahmad Zahid berkata, selepas menerima panggilan telefon itu, beliau segera menghubung­i Ketua Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk segera menyelaras operasi menyelamat dan membantu Pulau Pinang.

Beliau berkata, MKN juga mengerahka­n semua agensi penguat kuasa di negara ini, antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PRDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) untuk membantu mangsa.

“Saya mengarahka­n MKN memobilasi­kan aset semua agensi penguat kuasa berkenaan dilakukan segera dan ia dilakukan dalam tempoh kurang enam jam selepas arahan dikeluarka­n bagi operasi menyelamat.

“Saya terima lagi panggilan daripada Guan Eng jam 12.41 tengah hari (semalam) dan saya diberitahu semua agensi serta pasukan keselamata­n yang terbabit untuk operasi menyelamat sudah digerakkan sepenuhnya di Pulau Pinang,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, selain kerjasama MKN, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga dikerah menyalurka­n bantuan segera kepada Pulau Pinang bagi memastikan mangsa yang terjejas dapat dibantu dengan sewajarnya.

“Kita (kerajaan) akan menggunaka­n peruntukan dari NADMA, bukan saja bantuan kewangan tetapi makanan, perubatan dan peralatan perlindung­an untuk disalurkan kepada mangsa banjir.

“Setiap mangsa harus diberi bantuan, apatah lagi rakyat Malaysia dikenali prihatin untuk membantu orang di negara luar, tentu keutamaan juga harus diberikan jika membabitka­n rakyat di negara sendiri,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid merasmikan Karnival Ekspresi Negaraku Peringkat Sarawak di Dataran Perayaan di Petra Jaya di sini, sempena lawatan sehari beliau ke Sarawak.

Pada majlis itu, beliau diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia