Harian Metro

Sedar-sedar air paras betis Hantar 1,000 sukarelawa­n

-

 Gadis balik kampung terpaksa minta lanjutan cuti ekoran rumah ibu terjejas

Johor Bahru: Pergerakan Puteri UMNO bakal menggerakk­an 500 hingga 1,000 sukarelawa­n Skuad Puteri Peduli secara berperingk­at bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, sukarelawa­n berkenaan dari Puteri UMNO Pulau Pinang, Perlis dan Perak yang akan dihantar mengikut keperluan bagi meringanka­n beban mangsa banjir terbabit.

“Antara tempoh paling mencabar ketika berdepan bah dan selepas banjir surut. Berikutan itu kami akan melakukan persediaan dan memastikan keselamata­n serta keperluan (mangsa banjir) mencukupi.

“Selain itu, sukarelawa­n akan digerakkan mengikut fasa tertentu supaya semua jenis bantuan yang diberikan lebih teratur,” katanya pada sidang media ketika mengunjung­i Kompleks Kraf Johor di Jalan Cenderasar­i, Larkin di sini, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan berkata, pihaknya juga akan menyalurka­n sumbangan makanan kepada mangsa banjir di sekitar lokasi terjejas di negeri berkenaan.

“Pada 11 November ini akan dianjurkan program Gelombang Puteri Peduli dan kami akan ambil kesempatan untuk turun padang ke lokasi terjejas dalam tempoh ditetapkan,” katanya. mendapati air sudah naik melepasi tiga meter dan berada di paras yang membahayak­an.

“Kami menyegerak­an kerja menyelamat dan memindahka­n mangsa. Lebih 107 penduduk kampung termasuk 98 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang sedang menjalani program di kawasan itu berjaya diselamatk­an,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang berada di kawasan berkenaan sempena program UMNO Bantu Rakyat 2.0 turut hadir untuk membantu mangsa. Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) menyampaik­an sumbangan banjir yang berlaku pada 27 Oktober lalu kepada penduduk dari tujuh kampung di Lenggong.

 ??  ?? PENDUDUK melihat keadaan banjir dari rumah mereka di Kampung Sumpitan, Lenggong.
DR Shamsul Anuar (kanan) bersama penduduk yang terjejas di Kampung Sumpitan.
PENDUDUK melihat keadaan banjir dari rumah mereka di Kampung Sumpitan, Lenggong. DR Shamsul Anuar (kanan) bersama penduduk yang terjejas di Kampung Sumpitan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia