Harian Metro

MUSIBAH PALING BESAR

-

Bukit Mertajam

Seramai 5,000 mangsa banjir membabitka­n 48 kampung dan taman dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh menerima sumbangan makanan tengah hari dan makan malam di Restoran Nasi Kandar Nasmir di Auto City, Juru, di sini, semalam.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, pihaknya membuka bilik gerakan sementara di restoran nasi kandar itu bagi menyedia dan mengagihka­n makanan tengah hari dan malam kepada mangsa banjir melalui wakil Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKKP) dan Ketua Cawangan UMNO.

Beliau berkata, banjir yang melanda semalam adalah musibah paling besar berlaku dalam kawasan Permatang Pauh.

“Menerusi sumbangan dan kerjasama Restoran Nasi Kandar Nasmir, saya berharap dapat meringanka­n bebanan mangsa banjir.

“Malah, kami akan usahakan bantuan seterusnya dalam bentuk kewangan melalui

Jabatan Perdana Menteri,” katanya selepas menyampaik­an sumbangan makan tengah hari semalam.

Sementara itu, wakil dari Penanti, Jaafar Che Md Din, 47, berkata, sejak jam 11 malam kelmarin, kebanyakan mangsa banjir ditempatka­n di Sekolah Kebangsaan (SK) Penanti sejurus

5,000 mangsa babit 48 kampung terima sumbangan makanan

rumah mereka dinaiki air.

“Hujan lebat berterusan selama tiga jam sudah mengakibat­kan air naik hingga ke paras pinggang. Banjir 10 tahun lalu yang melanda

kawasan ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia