Harian Metro

Pasukan perubatan dihantar ke pusat pemindahan

-

Alor Setar: Kementeria­n Kesihatan mempunyai prosedur standard operasi (SOP) ketika menghadapi banjir iaitu pasukan kesihatan dan perubatan akan digerakkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebaik ia dibuka.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, pasukan kesihatan yang dihantar akan memastikan air minuman dan makanan bersih serta sihat selain memastikan kawasan PPS bebas penyakit berjangkit.

Menurutnya, pasukan perubatan turut akan memberi rawatan kepada mereka yang memerlu- kan seperti demam dan sebagainya.

“Malah jika ada keperluan dirujuk ke hospital, mangsa banjir akan dirujuk ke hospital dan inilah satu keistimewa­an sistem ini apabila tiada kes cirit birit dan sebagainya di PPS.

“Selain itu, Hospital Pulau Pinang (HPP) yang terjejas pagi tadi (semalam) akibat air memasuki tingkat bawah bangunan didapati sudah surut dan kini dalam proses pembersiha­n,” katanya selepas merasmikan Pusat Bersalin Berisikio Rendah (LRBC) di Hospital Alor Setar, semalam.

Mengulas mengenai LRBC, beliau berkata, LRBC ditubuhkan sebagai satu langkah mengurangk­an kesesakan di hospital.

“Pada keseluruha­nnya 23 peratus pesakit di dalam hospital adalah berkaitan kehamilan malah ada hospital lebih tinggi iaitu 30 peratus menyebabka­n ia sesak dan tidak cukup katil.

“Melalui pemerhatia­n kita 70 peratus pesakit bersalin secara normal dan tiada perkara berisiko berlaku,” katanya.

Beliau berkata, LRBC menyediaka­n kakitangan bertugas berpengala­man, kemudahan mencukupi untuk membuat saringan yang mana mereka boleh bersalin dalam suasana sihat dan selamat.

“Kita juga mahu memperluas­kan LRBC ini ke hospital lain namun bagi yang ada risiko tinggi ia akan dihantar ke hospital untuk bersalin.

“LRBC Alor Setar menelan belanja RM860,000 adalah yang ketiga selepas Hospital Putrajaya dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang,” katanya.

LRBC Alor Setar mula beroperasi 1 Oktober lalu mempunyai empat katil untuk pesakit sebelum bersalin dan dua bilik bersalin serta ruang menunggu yang selesa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia