Harian Metro

BANGLO TERBENAM

-

Georgetown

Enam unit banglo tiga tingkat bernilai puluhan jutaan ringgit rosak teruk selepas laluan berhampira­n runtuh berpunca banjir dan ribut di Persiaran Tanjung Bungah 3, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian jam 1 pagi itu mengakibat­kan sebahagian tiga unit banglo mengalami rekahan pada jalan dan kawasan parkir kediaman.

Pengerusi Penduduk Kondominiu­m Surin, Jesmond Ng berkata, bunyi dentuman kuat berlaku susulan hujan lebat selain angin kencang di kawasan itu.

“Kami terkejut dan segera memeriksa lokasi. kami mendapati jalan ke banglo berkenaan runtuh serta rosak teruk manakala kawasan parkir kereta tiga rumah turut runtuh.

“Semua penduduk di sini risau dan bimbang sekiranya berlaku rekahan serta runtuhan lebih teruk, lebih-lebih lagi kawasan lereng bukit berhampira­n laluan masuk ke Kondominiu­m Surin begitu hampir dengan kawasan runtuhan,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati tembok batu yang berada di lereng bukit berhampira­n banglo berkenaan turut runtuh.

Ada satu rekahan dalam selain laluan masuk jalan turut runtuh serta limpahan air jalan berkenaan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana banglo berkenaan masih kosong dan difahamkan pembeli sedang menunggu sijil layak menduduki.

Seluruh kawasan berkenaan terpaksa ditutup dengan kain kanvas untuk menghalang orang ramai masuk bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

 Kediaman bernilai puluhan jutaan ringgit rosak akibat banjir

 ??  ?? KEADAAN tanah runtuh membabitka­n rumah baru bina di lereng bukit di Jalan Persiaran Tanjung Bungah 3, Georgetown, Pulau Pinang.
KEADAAN tanah runtuh membabitka­n rumah baru bina di lereng bukit di Jalan Persiaran Tanjung Bungah 3, Georgetown, Pulau Pinang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia