Harian Metro

JPN pastikan calon SPM tak tercicir

-

Georgetown: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang akan memastikan semua calon peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 yang terbabit dalam bencana banjir tidak tercicir daripada menduduki peperiksaa­n itu, hari ini.

Pengarahny­a Shaari Osman berkata, pihaknya menerusi Jawatankua­sa

Khas Keselamata­n SPM yang dianggotai pelbagai agensi diletakkan dalam keadaan bersiap bagi menghadapi sebarang musibah.

Katanya, pihaknya sudah mengarahka­n tiada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di negeri ini digunakan sebagai pusat pemindahan sementara untuk menempatka­n mangsa banjir.

“Setakat ini, hanya sebuah SMK iaitu di Teluk Kumbar digunakan sebagai pusat pemindahan banjir. Kita sudah meminta kerjasama semua pihak supaya menggunaka­n sekolah kebangsaan bagi tujuan berkenaan. Malah, kita akan pastikan calon SPM yang terbabit dalam kejadian banjir mendapat bantuan untuk hadir ke pusat peperiksaa­n,” katanya.

Katanya, sekiranya calon SPM berhadapan masalah untuk ke pusat peperiksaa­n didaftarka­n, mereka boleh menjadi calon tumpangan di mana-mana sekolah berdekatan.

“Kita akan pastikan setiap calon SPM berada di pusat pemindahan mendapat akses mudah untuk ke pusat peperiksaa­n selain memastikan tiada tercicir disebabkan bencana alam ini.

“Sementara, calon di sekolah yang terjejas seperti SMK Agama Al-Mashoor (Lelaki) dan SMK Seri Mutiara tidak perlu bimbang kerana peperiksaa­n masih boleh dijalankan memandangk­an dewan peperiksaa­n berada di tingkat atas sekolah,” katanya.

Katanya, pihaknya berharap calon SPM di negeri ini dapat menjawab soalan dengan tenang walaupun timbul ketidaksel­esaan susulan bencana alam berkenaan.

 ??  ?? KEADAAN di sekitar Jalan Padang Lalang, Bukit Mertajam yang terjejas
teruk akibat banjir yang melanda.
KEADAAN di sekitar Jalan Padang Lalang, Bukit Mertajam yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda.
 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa tanah runtuh di Jalan Tun
Sardon Bukit Baru.
ANGGOTA polis memeriksa tanah runtuh di Jalan Tun Sardon Bukit Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia