Harian Metro

6,372 pengguna terjejas bekalan elektrik terputus

-

Georgetown: Seramai 6,372 pengguna di Pulau Pinang terjejas akibat terputus bekalan elektrik berikutan banjir yang melanda negeri ini.

Jurucakap TNB Careline berkata, setakat 7 malam tadi, 45 pencawang elektrik dihentikan bekalan berikutan faktor keselamata­n.

Menurutnya, sebanyak 28 pusat pemindahan banjir diberikan bekalan elektrik sepenuhnya dan 21 set janakuasa disediakan bagi memastikan bekalan elektrik di lokasi penting tidak mengalami gangguan serius. “Kerja pemasangan akan dilakukan untuk memulihkan bekalan elektrik selepas keadaan selamat,” katanya.

Difahamkan, antara lokasi terjejas adalah di sekitar Kepala Batas, Bukit Mertajam, Gelugor, Jelutong, Seberang Jaya dan Tanjung Bungah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia