Harian Metro

Musibah dinihari

- Norizuan Shamsuddin dan Amrullah Abd Karim am@hmetro.com.my

Sembilan parah, 17 lagi cedera bas ekspres terbalik dalam longkang

“Bapa saya cedera parah selepas bas dinaiki terhumban ke dalam longkang,” kata Rizal Ishak, 40, berhubung nasib malang menimpa bapanya, Ishak Mohd Noor, 71.

Dalam kejadian jam 5 pagi semalam, sembilan parah, manakala 17 lagi cedera sejurus bas ekspres dinaiki dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik di dalam longkang di Kilometer 434.9, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Plaza Tol Sungai Buaya, di sini.

Difahamkan, bas ekspres itu membawa 26 penumpang termasuk pemandu merempuh besi penghadang jalan dan terbalik di dalam longkang di laluan bertentang­an.

Rizal berkata, bapanya menaiki bas itu bersendiri­an untuk pulang ke rumah di Temerloh, Pahang selepas melawat keluarga di Sungai Petani, Kedah.

“Biasanya adik saya akan menjemput bapa di Stesen Bas Temerloh. Namun, belum sempat adik keluar menjemputn­ya kami menerima panggilan daripada pihak Hospital Sungai Buloh memaklumka­n ayah parah akibat kemalangan.

“Bagaimanap­un, dia sudah sedarkan diri selepas menjalani rawatan tetapi tidak dapat menceritak­an mengenai kejadian itu,” katanya ketika ditemui wartawan di Hospital Sungai Buloh, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superinten­dan Lim Bhak Pai berkata, siasatan mendapati bas itu dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke ibu kota sebelum menuju ke Kuantan, Pahang.

“Apabila tiba di lokasi nahas, pemandu bas disyaki gagal mengawal kenderaan dan melanggar penghadang besi di bahagian tengah lebuh raya dan memasuki laluan bertentang­an lalu terbalik di dalam longkang.

“Susulan kemalangan, mangsa di hantar ke Hospital Sungai Buloh bagi rawatan. Sembilan daripada mangsa dimasukkan ke Zon Merah (kritikal) di Hospital Sungai Buloh, lapan lagi di Zon Kuning (separa kritikal), dua di Zon Hijau (cedera ringan) dan selebihnya tidak cedera,” katanya, semalam.

Lim Bhak Pai berkata, siasatan lanjut masih dilakukan pihaknya bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan itu.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat berusaha menyelamat­kan mangsa kemalangan.
ANGGOTA penyelamat berusaha menyelamat­kan mangsa kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia