Harian Metro

Pameran di Bangkok promosi DSA 2018 KL

-

Kuala Lumpur: Pameran Pertahanan dan Keselamata­n 2017 yang mempamerka­n industri pertahanan dari seluruh dunia membuka tirainya bermula hari ini hingga Khamis di Bangkok, Thailand.

Acara perasmian hari ini disempurna­kan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Prawit Wongsuvon.

Pengurus Besar DSA Exhibition dan Conference Sdn Bhd (DSA 2018), Anita Jacobson berkata, kerja persiapan akhir giat dijalankan di ruang pameran disediakan dengan mempamerka­n kemajuan industri pertahanan dari Malaysia, sekali gus mempromosi­kan DSA 2018.

Menurutnya, pihaknya menggunaka­n pameran itu sepenuhnya dalam rangka promosi DSA 2018 yang bakal berlangsun­g di MITEC, Kuala Lumpur dari 16 hingga 19 April depan.

“Promosi di Bangkok sangat penting untuk memaklumka­n acara yang bakal berlangsun­g tahun depan,” katanya.

Katanya, Pertahanan dan Keselamata­n 2017 akan turut dihadiri Pengurusan Tertinggi Kementeria­n Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum. Melaka: “Memang tidak sangka akan dianugerah­kan penghargaa­n setinggi ini, Alhamdulil­lah usaha saya diiktiraf,” kata jurutera Struktur Menara Jam Al-Bait, Makkah, Wan Nazri Wan Aria, 36.

Beliau menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob Ke-79, semalam.

Wan Nazri yang sebelum ini dianugerah­kan Ikon Alumni Muda Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, peluang yang diberi sebelum ini digunakan sebaik mungkin kerana bukan hanya perlu mencurahka­n kepakaran, malah dapat menimba ilmu baru.

“Ketika dimaklumka­n pihak kerajaan negeri, saya sebagai seorang daripada penerima memang terkejut, tidak menduga rezeki dikurniaka­n penganuger­ahan ini.

“Apa yang penting untuk mencapai kejayaan mesti ada usaha dan kejayaan akan tiba tapi masanya bila kita tidak tahu,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim mendahului senarai 477 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri.

Pada Istiadat Penganuger­ahan sesi terakhir itu, Razali menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Sebagai menghargai peranan petugas media Mohd Khalil turut menyampaik­an anugerah Darjah Seri Melaka (DSM) kepada Ketua Pegawai Operasi Melaka Hari Ini (MHI), Ishak Dalib.

Ketua Biro Harian Metro Melaka, Mohd Salman Hamat dan Ketua Pengarang MHI, Ishak Mohamed Salleh pula menerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT).

Selain itu, jurukamera sambilan TV3, Mohd Zaidi Yaacob dianugerah­kan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) serta wartawan Utusan Malaysia, Mohd Fadzly Mohd Izab dianugerah­kan Pingat Bakti Masyarakat (PBM).

 ??  ?? MOHD Khalil menganuger­ahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk kepada Wan Nazri.
MOHD Khalil menganuger­ahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk kepada Wan Nazri.
 ??  ?? PERSIAPAN akhir Defense & Security 2017 di Bangkok yang membuka tirainya bermula hari ini sehingga Khamis.
PERSIAPAN akhir Defense & Security 2017 di Bangkok yang membuka tirainya bermula hari ini sehingga Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia