Harian Metro

Hidup biarlah seimbang

-

Bagi masyarakat awam, sifat zuhud selalu dikaitkan dengan penampilan seseorang seperti berpakaian lusuh, hanya memikirkan akhirat dan meninggalk­an kehidupan dunia dan serba kekurangan dari sudut keperluan harian.

Sebenarnya, gambaran zuhud sebegitu kurang tepat. Itu adalah persepsi salah sesetengah agamawan yang menafsirka­n istilah itu tanpa merujuk kepada nas al-Quran dan hadis yang bersifat holistik serta komprehens­if.

Natijahnya, masyarakat awam melihat sifat zuhud hanya layak dimiliki sesetengah individu saja. Mereka beranggapa­n sifat zuhud adalah sesuatu perkara yang boleh dimiliki ataupun ditinggalk­an tanpa perlu berusaha memiliki sifat berkenaan.

Lebih menyulitka­n lagi apabila masyarakat bukan Islam memandang negatif terhadap orang Islam berkenaan sifat zuhud yang dilihat sebagai mundur, ketinggala­n dan antikemaju­an dunia.

Hakikatnya, sifat zuhud perlu dimiliki setiap

Muslim kerana ia adalah sifat dituntut Islam. Sifat itu mempunyai kaitan rapat dengan akidah dan bukan perkara remeh.

Pemahaman tepat berkenaan zuhud perlu didedahkan kepada masyarakat awam supaya sifat itu dilihat penting dan setiap Muslim perlu berusaha menanamkan sifat zuhud dalam diri mereka.

Jika ada sesetengah pihak mendakwa Islam hanya mementingk­an akhirat semata-mata dan meminggirk­an kehidupan dunia, pandangan itu wajib diperbetul­kan.

Islam adalah agama fitrah yang meraikan kehidupan manusia.

Dunia adalah tempat bagi manusia mencari bekalan kesenangan dan kebahagiaa­n di akhirat kelak.

Setiap amalan manusia di dunia akan dinilai secara adil oleh Allah SWT bagi menentukan kedudukan mereka di akhirat. Hal itu dijelaskan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dialah yang mentakdirk­an adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirka­n keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya dan Dia Maha Kuasa (membalas amalan kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat).” (Surah al-Mulk, ayat 2)

Dari sudut bahasa, perkataan zuhud atau zahadah bererti berpaling daripada sesuatu perkara atau meninggalk­an sesuatu perkara yang tidak penting atau menghindar­i daripada kesusahan atau perkara yang tidak bermanfaat.

Kita dapat memahami maksud zuhud sebagai meninggalk­an sesuatu yang tidak bermanfaat untuk kehidupan akhirat. Tafsiran zuhud diberikan golongan ulama Islam sangat luas dan terbuka untuk perbincang­an supaya istilah itu difahami dengan betul.

Sifat zuhud lahir daripada individu Muslim yang memahami hakikat kehidupan di dunia ini hanya sementara. Mereka perlu memanfaatk­an sebaik-baiknya untuk memperoleh kebahagiaa­n bagi kehidupan di akhirat kelak.

Al-Hasan al-Basri menyatakan, zuhud bukan bermakna perlakuan mengharamk­an yang halal atau mensia-siakan harta, tetapi zuhud di dunia apabila seseorang lebih mempercaya­i apa yang ada di sisi Allah SWT berbanding apa yang ada di sisinya.

Penjelasan Al-Hasan

 Orang zuhud utama akhirat di samping tidak lupakan dunia

al-Basri itu menunjukka­n sifat zuhud mempunyai kaitan rapat dengan akidah. Zuhud lahir daripada pemahaman seseorang Muslim mengenai kekuasaan Allah SWT yang Maha Hebat dan kelemahan hamba-Nya.

Contohnya, orang memiliki sifat zuhud akan menerima setiap ketentuan ditakdirka­n kepadanya sebagai sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu perkara yang diingini dirinya.

Bukan bermakna orang zuhud menyerah diri kepada takdir. Bagaimanap­un, sifat zuhud lahir selepas usaha dan ikhtiar dilakukan namun takdir Allah SWT yang ditentukan kepadanya dilihat lebih baik.

Orang yang diuji Allah SWT dengan penyakit tertentu di samping berusaha mencari penawarnya, individu yang yakin ketentuan dihadapiny­a jauh lebih baik daripada nikmat kesihatan dimilikiny­a sebelum ini.

Mungkin kesihatan yang dimiliki itu menyebabka­n dirinya bergeluman­g maksiat, sedangkan takdir kesakitan yang ditanggung­nya dapat mendekatka­n dirinya kepada Allah SWT.

Maka dalam hal ini, takdir Allah SWT adalah yang terbaik untuk dirinya. Zuhud juga amalan hati yang tidak mudah dikenal pasti hanya dengan melihat fizikal zahir seseorang individu itu.

Abu Sulaiman al-Darani menyatakan, sifat zuhud tidak dapat dilihat dengan mudah pada diri seseorang kerana sifat itu letaknya di dalam hati seseorang.

Zuhud bukan hanya ada pada individu yang hidupnya serba kekurangan. Ia juga boleh dimiliki individu berharta tetapi beriman kerana yakin segala yang ditentukan

Allah SWT dalam hidupnya adalah yang terbaik. Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ?? HANYA takwa menentukan ketinggian darjat seseorang Muslim itu di sisi Yang Maha Esa.
HANYA takwa menentukan ketinggian darjat seseorang Muslim itu di sisi Yang Maha Esa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia