Harian Metro

Anak saudara suami bukan mahram

-

Saya ada mengambil anak angkat lelaki. Dia adalah anak saudara arwah suami yang saya pelihara sejak berusia 14 hari.

Namun saya tidak pernah menyusukan­nya dan kini umurnya sudah menjangkau 16 tahun. Saya kini sudah berkahwin dengan suami yang baru.

Suami melarang saya bersalaman dengan anak angkat itu namun saya sudah menganggap­nya sebagai anak sendiri. Bolehkah saya bersalaman dengannya?

Allah SWT berfirman berkenaan wanita yang diharamkan untuk dikahwini yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang diperister­ikan oleh bapa kamu kecuali apa yang berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhn­ya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji dan dibenci (oleh Allah) serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwina­n).

Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudarasau­dara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemulihara­an kamu dari isteri-isteri yang kamu campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu sudahpun menceraika­n mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).

“Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal daripada benih kamu.

Dan diharamkan kamu menghimpun­kan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhn­ya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan­i.

“Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang itu untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampura­n dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujua­n yang dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan mas kahwin itu (cara dan kadar pembayaran­nya). Sesungguhn­ya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Nisaa’, ayat 22-24)

Dalam sebuah hadis riwayat Aisyah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Diharamkan daripada radha’ (penyusuan) apa yang diharamkan daripada nasab. (Riwayat Ibn Majah - 1937. Dinilai sahih oleh Al al-Baani)

Berdasarka­n soalan dan kenyataan diberikan, anak angkat itu tidak menjadi anak susuan kerana tidak disusukan mengikut syarat ditetapkan syarak.

Anak angkat itu juga bukan mahram dari sudut persemenda­an kerana dia adalah anak saudara kepada arwah suami.

Oleh itu, secara hukumnya, anak itu boleh puan kahwini. Maka, amat bertepatan larangan suami puan daripada bersalaman dengan anak angkat puan itu kerana puan dan anak itu bukanlah mahram dan boleh bernikah di antara kedua-duanya. Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia