Harian Metro

Doa buat calon SPM

-

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendoakan yang terbaik dan mengucapka­n selamat maju jaya kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) bermula hari ini.

“Biasanya ibu bapa yang lebih risau berbanding anak-anak yang nak menjawab peperiksaa­n SPM dan STPM esok (hari ini)! Selamat maju jaya semua, saya doakan yang terbaik, insya-Allah,” katanya melalui catatan di Twitter dan Facebook beliau, semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui catatan di laman Twitter beliau juga mendoakan semoga pelajar yang menduduki peperiksaa­n SPM diberikan ketenangan.

“Semoga diberikan ketenangan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki #SPM2017 mulai 6 November 2017. All the best!,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia