Harian Metro

3 minggu lagi

Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar bakal beroperasi

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Hospital Medan Malaysia yang bakal dibuka di Cox’s Bazar, Bangladesh, khusus membantu pelarian etnik Rohingya dijangka beroperasi selewat-lewatnya 1 Disember depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kemudahan berkenaan bakal menyediaka­n bantuan perubatan dilengkapi bilik bedah, X-ray, unit rawatan rapi (ICU), bilik kecemasan dan bilik bersalin.

“Dengan kapasiti maksimum 100 katil, ia akan dibangunka­n Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum diambil alih Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Lokasi sebenar hospital ini akan diumumkan selepas pasukan peninjau berlepas pada 7 November ini,” katanya pada sidang media sejurus melancarka­n misi membina dan mengendali­kan Hospital Medan di Hospital Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin di Wangsa Maju, tengah hari semalam.

Najib berkata, usaha berkenaan adalah inisiatif bersama dan menjadi manifestas­i kepada kesungguha­n kerajaan dan rakyat dalam menyuaraka­n bantahan terhadap penindasan etnik Rohingya di Myanmar.

Jelas beliau, hospital berkenaan bakal beroperasi selama tiga bulan membabitka­n 139 kakitangan KKM dan sukarelawa­n badan bukan kerajaan (NGO) dengan pelbagai kepakaran.

“Bagi memastikan kelancaran operasi sebenar Hospital Medan ini di Cox’s Bazar, ATM melaksanak­an latihan ‘Dry-Run’ pada 31 Oktober hingga 1 November depan membabitka­n semua kakitangan.

“Kumpulan perancang akhir membabitka­n pegawai ATM dan KKM akan ke Cox’s Bazar pada 7 hingga 13 November ini bagi memilih lokasi sebenar dan membuat persediaan logistik akhir sebelum atur gerak sebenar dilakukan,” katanya.

Hadir sama dalam majlis berkenaan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, Ketua Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affendi Raja Mohamed Nor dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulah.

 ??  ?? NAJIB ketika lawatan di Hospital Medan di Hospital Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin.
NAJIB ketika lawatan di Hospital Medan di Hospital Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia