Harian Metro

KAMAL HARGAI SOKONGAN EMMA

- Sudirman Mohd Tahir dan Najiy Jefri am@hmetro.com.my

Malam kemuncak Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) yang berlangsun­g di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Jumaat lalu mengangkat empat figura hebat tanah air iaitu Khir Rahman sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem, Sangeetha Khrisnasam­y (Pelakon Wanita Terbaik Filem), Fasha Sandha (Pelakon Wanita Terbaik Drama) dan Hasnul Rahmat sebagai pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Drama.

Khir ketika ditemui berkata, kejayaanny­a merangkul kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi Rock Bro arahan Mamat Khalid menterjema­hkan kemenangan­nya sebagai rezeki daripada Ilahi.

“Saya tidak sangka lakonan saya masih diangkat dan dinilai. Bukan apa, saya sudah lama dalam bidang ini dan tidak pernah berharap untuk memenangi sebarang anugerah. Calon lain semuanya hebat. Kemenangan ini adalah rezeki saya.

“Kejayaan ini juga berkat pertolonga­n setiap individu yang terbabit dalam filem ini. Saya perlu berterima kasih kepada mereka kerana berjaya menerbitka­n satu naskhah hebat yang membentuk karakter saya dengan baik,”katanya. Kemunculan pelakon Emma Maembong bagi memberikan sokongan kepada Kamal Adli pada program Super Spontan Akhir baru-baru ini mengundang persoalan banyak pihak.

Apatah lagi sebelum itu Emma mengeluark­an kenyataan hubunganny­a dengan Kamal sudah berakhir.

Namun, Emma menerusi laporan akhbar ini memberitah­u keputusan itu dibuat dalam keadaan emosi dan marah.

Pada masa sama, tindakan Emma memuat naik gambar bersama Kamal di Instagram miliknya sejurus berakhir program itu mendapat reaksi berbeza.

Kebanyakan­nya menyifatka­n Emma kembali disebabkan Kamal bergelar juara dan wang RM100,000 yang dimenangi.

Bagaimanap­un, Kamal menepis persepsi itu dan menganggap kehadiran Emma untuk memberikan sokongan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia