Harian Metro

‘Berlakon bukan main-main’

-

Pemenang mahu baiki lakonan, beri inspirasi kepada orang lain

Sangeetha berkata, syarikat produksi tempatan perlu memperbany­akkan karya berdasarka­n kisah benar yang berlaku di negara ini sebagai sebuah naskhah mampu memberi inspirasi.

“Saya berharap kita mempunyai lebih banyak filem berunsurka­n kisah benar yang boleh dijadikan teladan serta inspirasi untuk generasi akan datang, sekali gus menunjukka­n identiti kita sebagai bangsa Malaysia,” katanya.

FASHA MENANG SELEPAS 9 TAHUN,

HASNUL KAGUMI CALON LAIN

Pelakon jelita Fasha Sandha yang julung kali memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama mengakui pengiktira­fan itu adalah satu bonus selepas sekian lama tidak tercalon dalam kategori terbabit.

Fasha yang memenangi kategori itu menerusi telefilem Terima Kasih Ramadan berkata, dia sangat gembira dan terkejut apabila namanya diumumkan pemenang selepas hampir sembilan tahun tidak tercalon dalam kategori itu.

“Anugerah ini adalah yang kesembilan selepas memenangi beberapa anugerah popular tanah air.

“Memang saya tidak sangka akan menang. Saya berasakan ia lebih layak disandang Ellie Suriaty atau Vanidah Imran kerana mereka berdua idola saya.

“Saya bersyukur bakat saya diiktiraf dan diangkat setinggi ini. Bagi saya, untuk bertahan dalam bidang ini kita perlu ada disiplin dan komited dalam segala hal.

“Saya tidak pernah mensiasiak­an setiap peluang yang datang kerana lakonan adalah kerjaya sepenuh masa. Jadi saya perlu melakukann­ya dengan sebaik mungkin,” katanya.

Menurut Fasha, dia berharap kejayaan ini dapat memberinya lebih semangat untuk terus mempamerka­n lakonan bermutu dan terbaik.

“Kejayaan ini sedikit sebanyak memberi saya lebih semangat dan idea baru untuk melakonkan watak dalam setiap naskhah.

“Doakan semoga bakat yang dianugerah­kan ini dapat melebarkan sayap saya selain memberi motivasi kepada pelakon lain supaya tidak mengalah untuk mengejar impian,” katanya.

Dalam pada itu, kejayaan Hasnul Rahmat dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi telefilem Kapcai Ayah turut mengundang kejutan apabila namanya

 ??  ?? ERMA mahu tumpu perniagaan.
ERMA mahu tumpu perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia