Harian Metro

‘Mata lagu terbaik saya’

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Ayda terima dengan terbuka setiap lagu terpilih ke AJL

Beberapa kali gagal melangkah ke pentas besar pentanding­an Anugerah Juara Lagu (AJL) tidak pernah mematahkan semangat Ayda Jebat untuk terus berjuang.

Baginya, tidak pernah timbul rasa kecewa kerana dia melaksanak­an tanggungja­wab sebagai penyanyi dan tidak mengecewak­an peminatnya.

“Walaupun sudah dua kali gagal, saya tak kecewa. Rasa kecewa itu lebih kepada apabila mengecewak­an peminat yang menyokong saya.

“Walaupun mereka sentiasa nampak tenang setiap kali nama saya tidak diumumkan untuk layak ke AJL, saya tahu ada rasa kecewa dalam hati mereka,” katanya yang tampil dengan lagu Mata di peringkat separuh akhir Muzik Muzik.

Ditanya sama ada dia tidak menolak sekiranya namanya dilabelkan sebagai ‘penyendal’ dalam pentas pertanding­an ini, Ayda berkata, dia tidak pasti sama ada ia sesuatu yang baik atau tidak.

“Apa yang saya pasti ialah setiap lagu yang layak ke separuh akhir juga ada kekuatan tersendiri.

“Kalau kita bercakap mengenai lagu yang bukan untuk pertanding­an, banyak juga lagu Inggeris dari luar negara yang ringan, tapi masih boleh menang dalam pelbagai pertanding­an,” katanya.

Dia juga menerima dengan terbuka setiap lagu yang terpilih ke peringkat AJL memandangk­an ia berdasarka­n keputusan juri.

“Siapa pun yang diumumkan ke AJL, ertinya lagu itu layak. Tak kisahlah dari segi apa pun, tentunya juri melihat daripada pelbagai sudut,” katanya.

Ayda berkata, Mata adalah lagu terbaiknya dari segi susunan muzik, lirik dan vokalnya. Ia juga dianggap karyanya yang paling lengkap.

“Kekuatanny­a bukan saja dari sudut tarian yang saya tampilkan pada malam itu, tapi juga cabaran untuk menyanyika­nnya dan saya dapat rasakan, ada sesuatu yang berbeza dalam Mata,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Ayda kini menantikan drama terbaru lakonannya, Dekatkan Jarak Kita yang menggandin­gkannya dengan Syafiq Kyle.

“Drama 16 episod ini akan ditayangka­n bermula 21 November ini. Wataknya agak berat kerana saya perlu mainkan dua watak berbeza,” katanya.

Selain itu, debaran turut dirasakan olehnya sementara menantikan tayangan filem Pinjamkan Hatiku yang akan ditayangka­n pada 30 November ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia