KOR SUKSIS USIM TERBAIK
Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Ketua Polis Negara Skuad Terbaik Kor SUKSIS 2017 sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Suksis Universiti Awam ke-13 di Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.
Pada majlis berkenaan, Kor SUKSIS USIM turut meraih kecemerlangan berganda dengan pencapaian Mohd Afifie Hasbullah, penuntut program Teknologi Kimia Industri, Fakulti Sains dan Teknologi apabila dipilih Pelatih Terbaik Keseluruhan Kor SUKSIS Universiti Awam 2017.
Anugerah itu disampaikan Timbalan Ketua Polis Negara Tan
Sri Noor Rashid Ibrahim yang mewakili Ketua Polis Negara pada majlis itu. Dua kecemerlangan dicapai
Kor SUKSIS USIM ini adalah pencapaian terbaik diterimanya pada masa ini.