Harian Metro

LATIHAN hadapi kecemasan radiologi

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Seramai 200 warga kampus terbabit dalam sesi latihan menguji Pelan Kecemasan Nuklear dan Radiologik­al yang dijalankan di Bilik Penyimpana­n bahan radioaktif di C22, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) baru-baru ini.

Latihan yang dijalankan bagi mengkaji keberkesan­an pelan kecemasan itu membabitka­n kakitangan dari tiga agensi iaitu

UTM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA).

Timbalan Naib Canselor (Pembanguna­n) Profesor Dr Azlan Abdul Rahman berkata, UTM perlu bertindak pantas dan teratur ketika kecemasan nuklear atau radiologik­al Naib Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) Datuk Dr Abdul Rahim Hashim dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (UM) yang baharu menggantik­an Prof Tan Sri Dr Mohd Amin Jalaludin berkuat kuasa 1 November lalu hingga 31 Oktober 2020.

Dalam satu Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Naib Canselor UM diadakan

Rabu lalu UM, Dr Abdul Rahim percaya kekuatan UM adalah atas legasi yang wujud sekian lama.

Katanya mandat yang diberikan kepada beliau adalah meletakkan UM dalam kelompok

100 universiti terbaik dunia dan juga untuk memperkuku­hkan kelestaria­n kewangan.

Katanya dua perkara ini akan menjadi agenda utama beliau.

Berucap pada majlis itu, beliau memaklumka­n penyelidik­an di UM hendaklah mempunyai impak yang tinggi dan tidak hanya tertumpu kepada industri tetapi turut kepada komuniti secara keseluruha­nnya.

Jelas beliau lagi, dalam usaha ini, sokongan padu daripada seluruh warga kampus sangat penting.

“Budaya akauntabil­iti, integriti dan prestasi tinggi adalah tunggak utama untuk menempatka­n UM dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia,” katanya.

Sebelum pelantikan sebagai Naib Canselor UM Dr Abdul Rahim menyandang jawatan sebagai Naib Canselor UTP sejak 1 November 2012.

Beliau adalah seorang Jurutera Profesiona­l memiliki ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejurutera­an Elektronik dan Elektrik pada 1976 dan menerima Ijazah Kehormat daripada universiti yang sama iaitu University of Birmingham, UK pada 2006.

Beliau juga mengikuti Harvard Advance Management Program (AMP) pada 1997.

Kerjaya Dr Abdul Rahim bermula di PETRONAS pada 1976 dan sepanjang perkhidmat­an, beliau pernah menyandang beberapa jawatan utama dan penting seperti naib presiden dan ketua pegawai

eksekutif di beberapa anak syarikat PETRONAS.

Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Tenaga Malaysia dan Ahli Majlis Sains dan Penyelidik­an Kebangsaan.

Di peringkat antarabang­sa pula, beliau juga memegang jawatan Presiden

Persatuan Kenderaan

Gas Asli Asia Pasifik dan Presiden Persatuan Gas Antarabang­sa.

Dr Abdul Rahim Hashim mengambil alih tugas Naib Canselor UM daripada Datuk Profesor Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud yang menjalanka­n Fungsi Naib Canselor sejak 1 Mei lalu.

Dalam pada itu, Dr

Awang Bulgiba berkata, beliau sangat yakin dengan pengalaman dan komitmen Dr Abdul Rahim yang tentunya berupaya menerajui UM dalam usaha mencapai 100 universiti terbaik dunia.

Beliau juga menyeru pengurusan universiti, dekan dan pengarah serta warga UM untuk memberi sokongan padu kepada Dr Abdul Rahim.

 ??  ?? DR Abdul Rahim (kanan) menerima dokumen penyerahan tugas daripada Dr Awang Bulgiba. UNIT HAZMAT JBPM melakukan pengesanan radiasi pada seorang ‘mangsa’ kebakaran Stor simpanan Bahan Radioaktif UTM. STAF dan mahasiswa yang berada di Blok C22 bergegas...
DR Abdul Rahim (kanan) menerima dokumen penyerahan tugas daripada Dr Awang Bulgiba. UNIT HAZMAT JBPM melakukan pengesanan radiasi pada seorang ‘mangsa’ kebakaran Stor simpanan Bahan Radioaktif UTM. STAF dan mahasiswa yang berada di Blok C22 bergegas...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia