Harian Metro

Di dalam lebih selamat, di luar lebih berdikari

-

DARI MUKA N31

Faktor seperti tidak boleh memasak, batasan masa untuk masuk semula ke asrama ketika malam dan persekitar­an yang tidak mempunyai banyak kemudahan membuatkan mereka selesa berada di luar.

Di sebalik itu, aspek keselamata­n menjadi perkara utama bagi mereka yang menginap di luar kampus hingga kadangkala menimbulka­n masalah lain seperti isu sosial.

Itu antara luahan pelajar yang menetap di luar kampus dan dalam sama terus gigih berusaha untuk menempa kejayaan di menara gading.

Risiko tinggal di dalam atau luar kampus tetap ada terutama pelajar yang menetap di luar kampus. Pelbagai aspek perlu diambil kira, bukan saja pelajar itu sendiri, malah tanggungja­wab pihak universiti dalam memastikan keselamata­n mereka terjamin.

Ada kalanya pihak universiti sendiri tidak mengetahui di mana pelajar mereka menginap dan hanya tahu mereka hadir ke kelas yang ditetapkan mengikut jadual semester.

Perkara seperti itu perlu diubah dalam memastikan pelajar bukan saja meraih pelajaran yang secukupnya, malah menitikber­atkan aspek kehidupan harian.

Bagi penuntut tahun dua Universiti Malaya (UM), Besek Mariam Mohamad Jahis, 20, dalam memilih tempat penginapan, aspek utama adalah keselamata­n, tidak kira di dalam atau di luar kampus. Masingmasi­ng ada masalah tersendiri, bergantung pada kawasan pengajian.

“Pada tahun pertama, saya tinggal di dalam kampus dengan harga yang berpatutan iaitu pada kadar RM6 sehari. Namun harga ini bergantung pada universiti, ada yang murah dan ada yang mahal.

“Bagi saya, tinggal di asrama di dalam kampus lebih selamat, ada juga asrama yang disediakan pihak universiti di luar kampus yang saya rasakan tidak begitu selamat jika dibandingk­an di dalam kampus,” katanya.

Jelasnya, tinggal di asrama mempunyai banyak kelebihan seperti bas disediakan untuk ke kelas, jadi alasan terlambat dan jauh tidak timbul, selain mudah mengulang kaji pelajaran.

Katanya, kehidupan penuntut bukan saja tertumpu kepada pelajaran di dewan kuliah, sebaliknya ia turut membabitka­n aspek kehidupan di luar dewan

 ??  ?? SUASANA penuntut yang menyewa
SUASANA penuntut yang menyewa
 ??  ?? PENGINAPAN di asrama yang lengkap dengan meja tulis untuk kemudahan penuntut.
PENGINAPAN di asrama yang lengkap dengan meja tulis untuk kemudahan penuntut.
 ??  ?? RUMAH flat selalu menjadi pilihan siswa di ibu kota untuk menyewa.
RUMAH flat selalu menjadi pilihan siswa di ibu kota untuk menyewa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia