Harian Metro

TAMBAH BAIK ASPEK CELIK PENDIDIKAN

-

Dunia pada tahun 2014 mendapati adalah wajib untuk membuat pelaburan jangka masa panjang yang produktif ke atas aspek pendidikan asas yang berkualiti tinggi (bermula di peringkat prasekolah) untuk kanakkanak di Malaysia demi merapatkan jurang di antara pendidikan-pendapatan.

Berdasarka­n situasi itu, Malaysian Collective Impact Initiative (MCII) dibentuk.

Ketua Pegawai Eksekutif MCII Elmarie Potgieter berkata, dengan pendekatan secara impak kolektif, misi MCII adalah untuk menambah baik hasil pendidikan di Malaysia dalam dua bidang utama iaitu pembanguna­n tahap celik huruf dan aspirasi kerjaya.

“MCII adalah kumpulan impak paling besar di Malaysia membabitka­n orang awam dan syarikat swasta tempatan.

“Ia menggabung­kan sumber dan pengetahua­n penting dalam perniagaan untuk menambah baik pendidikan untuk pelajar sekolah di Malaysia secara mapan,”katanya.

Demi memanfaatk­an kekuatan di antara satu sama lain, MCII berhasrat merapatkan jurang dan mencapai matlamat dengan lebih pantas serta impak yang lebih luas.

“Visi jangka masa panjang kami adalah untuk menghasilk­an satu model

intervensi pendidikan inklusif apabila berupaya digunakan ke seluruh negara bersama tahap kejayaan yang boleh diukur,” katanya.

Menerusi sekolah yang mengambil bahagian, MCII mengenal pasti keperluan mereka, seterusnya meluaskan intervensi ke dalam ekosistem sekolah yang dapat memberi impak ke atas pencapaian pelajar.

Selepas kejayaan program perintis membabitka­n dua sekolah menengah di Klang, rangkaian kolektif itu kini merangkumi 14 sekolah, 39 ahli dan 19 organisasi sokongan yang berjaya membawa nilai pelaburan lebih RM830,000 ke sekolah.

Baru-baru ini, MCII menjalin kerjasama dengan rakan baru iaitu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

 ??  ?? POTGIETER ketika menyampaik­an ceramahnya.
POTGIETER ketika menyampaik­an ceramahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia