Harian Metro

SUKA-SUKA JADI SEPENUH MASA

-

Akmar kini terima 10 unit tilam bayi

setiap bulan

Akmar berkata, semua barangan itu dijahit dengan tangan.

“Pertama kali belajar asas jahitan daripada arwah emak. Kemudian saya rujuk di Internet, YouTube dan Pinterest. Bagi permulaan jahitan yang kecil (keychain), saya jahit tangan sepenuhnya dan bagi produk besar seperti tilam akan menggunaka­n mesin jahit,” katanya.

PERMINTAAN TAK PUTUS

Akmar berkata, jika sebelum ini dia hanya melakukann­ya sebagai hobi kerana minat mendalam dalam bidang jahitan, namun disebabkan permintaan rakan dan pelanggan, dia mula serius.

“Saya dapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan meliputi mereka yang pernah beli atau pelanggan baru. Sebab minat, saya teruskan hobi menjahit sebagai bisnes utama,” katanya.

Dia berkata, dulu dia cuma menerima satu atau dua tempahan untuk pembikinan tilam bayi tapi kini lebih 10 unit setiap bulan.

“Yang paling sukar adalah nak cari bahan. Ada antaranya mereka naikkan harga, jadi saya terpaksa jelaskan kepada pelanggan supaya faham apa dibuat untuk jaga kualiti.

“Disebabkan sudah berkeluarg­a, saya bahagikan masa malam dan awal pagi untuk siapkan tempahan. Kini, lebih tujuh produk saya buat sendiri antaranya baju kurung kanak-kanak, sarung bantal, tilam bayi untuk kegunaan harian atau mengembara, bantal lengan untuk menyusu dan selimau,” katanya.

Kata Akmar, menyediaka­n barangan ini tidak terlalu rumit tapi perlukan kesabaran dan ketekunan.

“Saya pun tak sangka bermula dengan ‘keychain’ kini aktiviti menjahit jadi sumber pendapatan utama buat saya,” katanya.

 ??  ?? AKMAR menggunaka­n mesin sekiranya tempahan membabitka­n
produk bersaiz besar.
AKMAR menggunaka­n mesin sekiranya tempahan membabitka­n produk bersaiz besar.
 ??  ?? TILAM bayi yang boleh dilipat menjadi beg
TILAM bayi yang boleh dilipat menjadi beg

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia