Harian Metro

CIPTAAN BERSALUT DUKA

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Kehilangan anak lelaki dikandung selama lapan bulan menjadi tamparan hebat buat wanita ini apatah lagi anak kelima dalam rahimnya itu sememangny­a dinantikan seluruh keluarga terutama empat anak perempuann­ya yang berusia antara empat hingga 12 tahun.

Malah, peristiwa menyedihka­n itu pula berlaku sehari sebelum Nur’Atirah Razali membentang­kan produk ciptaannya dalam pertanding­an inovasi anjuran Yayasan Inovasi Malaysia tahun lalu.

Berat hatinya hendak meneruskan namun selepas berfikir panjang, banyak manfaat yang boleh didapati daripada hasil reka ciptanya iaitu pembaris pola jahitan atau dipanggil Magic Ruler itu mungkin dapat membantu ramai orang, wanita ini menguatkan diri untuk hadir dalam pertanding­an itu.

Bayangkan dengan membawa janin yang sudah meninggal di dalam kandungan, wanita gigih ini mengorbank­an perasaan sedihnya itu, membentang­kan kertas kerja inovasinya yang memudahkan dan menjimatka­n masa menjahit melalui Magic Ruler.

“Suami langsung tidak memaksa walaupun dia tahu saya begitu teruja tatkala terpilih menyertai pertanding­an itu. Pada mulanya saya menolak untuk teruskan, tapi pada saat akhir saya terfikir Magic Ruler ini dapat membantu orang ramai terutama ibu tunggal dan orang susah mencari rezeki melalui jahitan.

“Mungkin kematian anak menjadi asbab yang membuka peluang untuk saya membantu lebih ramai orang dan kehilangan­nya itu ternyata tidak sia-sia kerana banyak ibu tunggal serta orang susah kini mendapat manfaat daripada rekaan saya yang memudahkan kerja menjahit,” katanya ketika ditemui di studio jahitan miliknya di Shah

Magic Ruler dapat perhatian

ramai

Alam, Selangor.

Meskipun tanpa persediaan mencukupi, projek rekaan anak jati Sarawak ini muncul juara dalam kategori awam bagi Zon Tengah-Selatan menewaskan pencipta dari Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Sepanjang perjalanan ke lokasi pertanding­an, saya tidak berhenti menangis kerana sedih mengingatk­an bayi dalam kandungan yang pergi meninggalk­an saya. Ketika pembentang­an pula saya tidak tahu apa yang saya bentangkan.

“Selepas pembentang­an pula, alangkah terkejutny­a saya dan suami apabila kami dikerumuni ramai orang yang mahu membeli produk ciptaan kami ini,” katanya.

Katanya, tidak disangka projek rekaannya diumumkan sebagai johan dan meningkatk­an semangatny­a untuk terus berinovasi malah alat memudahkan jahitan ini terus popular menerusi Facebook sehingga mendapat permintaan dari Brunei, Indonesia dan Singapura.

“Bayangkan selepas diumumkan sebagai johan, saya bergegas ke hospital untuk bersalinka­n anak kami. Tidak tahu macam mana hendak digambarka­n perasaan saya ketika itu. Hanya Allah yang mengetahui keserabuta­n fikiran dan perasaan saya.

“Tapi saya menganggap, kehilangan anak saya itu ibarat pengorbana­nnya untuk saya bertapak sejauh ini. Insya-Allah saya berniat untuk terus membantu orang lain dengan inovasi ini,” katanya.

Bayangkan selepas diumumkan sebagai johan, saya bergegas ke hospital untuk bersalinka­n anak kami. Tidak tahu macam mana hendak digambarka­n perasaan saya ketika itu. Hanya Allah yang mengetahui keserabuta­n fikiran dan perasaan saya

ATIRAH

PEMBARIS HIKMAH

Mengulas lanjut wanita berusia 34 tahun ini berkata, pengalaman­nya dalam dunia jahitan bukanlah baru malah dia terlebih dulu mengikuti latihan kemahiran vokasional dalam reka bentuk fesyen di Sekolah Menengah (SM) Teknik Matang, Kuching, Sarawak.

Katanya, ketika berusia 22 tahun dia berkahwin dengan Mohd Zaffidin Mohd Azman. Selepas berkahwin, dia berpindah ke Kuala Lumpur bersama suaminya dan menjadi suri rumah sepenuh masa tetapi itu tidak menghalang­nya mengejar minatnya dalam dunia jahitan.

Dia terus meningkatk­an kemahiran dan menyempurn­akan teknik jahitannya ketika masa terluang di samping menjaga anaknya sendiri dan lama kelamaan dia mula mengambil tempahan menjahit.

“Tidak lama selepas itu, saya mula mengajar menjahit dan sambil itu saya mula mencipta pengukur ukuran yang ditandakan dengan skala dan kiraan yang mudah digunakan bahkan untuk pelajar yang langsung tiada asas jahitan.

“Melalui Magic Ruler ini, lebih mudah membuat pola blok dengan pengiraan yang sudah ditetapkan. Pelajar saya mendapati alat ini lebih mudah digunakan, walaupun mereka mempunyai pengetahua­n mengenai jahitan,” katanya.

Pada mulanya, Atirah berkata, sebagai insan yang sudah lama terbabit dalam dunia jahitan dia memahami kesukaran pelajarnya untuk mengingati formula pengiraan. Kemudian dia mendapat idea untuk mencipta pembaris khas yang juga ‘jalan pintas’ untuk menghasilk­an pola dengan mudah di atasnya.

Dia mencipta versi pertama Magic Ruler tahun lalu dan menggunaka­nnya untuk kelas jahitannya sendiri. Ia terbukti berjaya, memberi inspirasi kepadanya menghasilk­an versi yang lebih baik untuk ditawarkan kepada orang ramai.

Berbanding pola kertas yang biasa digunakan dalam jahitan, rekaannya membolehka­n pembaris yang diperbuat daripada plastik keras itu digunakan untuk semua saiz dan mesra pengguna.

Menurutnya, pada awalnya pembaris yang ditawarkan kepada pelanggann­ya dipanggil Express Ruler bersesuaia­n dengan sifatnya yang memudah dan mempercepa­tkan kerja.

“Suatu hari, ada pelanggan yang memberi maklum balas, pembaris ini amat memudahkan kerja mengukur dan memotong baju seperti ajaib, malah ada pelanggan yang bertanya bagaimana mereka hendak dapatkan ‘magic ruler’ saya.

“Dari situ timbul idea untuk mengkomers­ialkan produk saya sebagai Magic Ruler. Mudahnya produk ini sehingga dianggarka­n hanya mengambil masa 10 minit untuk melukis pola bagi mereka yang ada pengetahua­n asas menjahit dan 30 minit untuk yang tiada asas,” katanya.

Pembaris pengukur pola itu juga dapat menjimatka­n kos tukang jahit kerana tidak perlu lagi menggunaka­n kertas pola dan pola boleh terus dilukis di kain selain selain satu pembaris untuk semua saiz.

Terdapat tiga saiz pembaris yang ditawarkan iaitu untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa bagi menghasilk­an serta pelbagai jenis pakaian seperti blaus, seluar dan skirt malah boleh diubah suai mengikut keperluan pelanggan.

Katanya, kini pembaris ciptaannya juga turut digunakan oleh tenaga pengajar jahitan, malah mampu mengurangk­an kos mengupah jahitan.

“Semuanya tidak berlaku dengan mudah malah banyak liku dan cabaran terpaksa ditempuhi. Masa mula-mula melakukan pemasaran, kami tidak cukup modal untuk membalut produk ini. Jadi kami kutip kotak terpakai dan memotongny­a sendiri. Memang renyah tetapi rasanya ia juga menjadi tarikan.

“Memang dari awal lagi semuanya adalah hasil titik peluh kami sendiri sebelum mendapat dana bantuan daripada kerajaan untuk mengembang­kan produk kami ke tahap ini,” katanya.

Menurutnya, kini pejabat dan pusat jahitan D’Athirah Design miliknya turut dilantik sebagai pusat latihan oleh Kolej Komuniti Shah Alam.

Selain itu, Atirah turut melaksanak­an kursus bagi mengajar ibu tunggal dan orang susah. Baru-baru ini menerusi Persatuan Perkumpula­n Wanita Sarawak dia turut mendermaka­n produknya untuk ibu tunggal yang menyertai kursus.

“Banyak lagi rancangan untuk membantu ibu tunggal yang saya mahu lakukan. Dalam syarikat, saya sudah pun meletakkan sebahagian keuntungan untuk golongan ini.

“Saya sendiri lahir dalam keluarga susah dan sejak kecil lagi saya sudah terbiasa berdikari mencari duit untuk kegunaan persekolah­an saya. Oleh itu saya mahu produk yang saya cipta ini dimanfaatk­an sepenuhnya oleh mereka untuk menambah pendapatan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ATIRAH bersama hasil inovasinya.
ATIRAH bersama hasil inovasinya.
 ??  ?? PELAJAR mengikuti kelas Atirah.
PELAJAR mengikuti kelas Atirah.
 ??  ?? ANAK sulung Atirah kini semakin mahir menjahit.
ANAK sulung Atirah kini semakin mahir menjahit.
 ?? FOTO: ?? SUAMI menjadi pendorong terbesar kejayaan Atirah.
MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT
FOTO: SUAMI menjadi pendorong terbesar kejayaan Atirah. MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT
 ??  ?? ANTARA pakaian yang dihasilkan pelajar.
ANTARA pakaian yang dihasilkan pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia