Harian Metro

Jimat kos perbelanja­an

-

Nabihah manfaatkan halaman rumah untuk kebun dapur

‘sekangkang kera’, ibu kepada seorang cahaya mata ini bijak menyusun atur ruangan sedia ada dan memanfaatk­an sepenuhnya kawasan itu untuk bercucuk tanam.

“Sebenarnya bukan susah hendak mewujudkan taman dapur. Maklumat mengenainy­a begitu mudah dicari dan banyak di Internet, bergantung kepada diri sama ada hendak atau tidak mengusahak­annya.

“Minat saya mula bercambah selepas saya dan suami mula-mula memasuki rumah ini kerana melihat ruangan kosong di depan rumah. Kami berpendapa­t lebih elok jika tidak dibiarkan begitu saja dan dari situ timbul idea untuk menanam sayur,” katanya.

Antara yang menyerikan halaman kecilnya termasuk termasuk cili, limau kasturi, kubis, pandan, kesum, bayam, pokok kari, bunga ros jepun dan mangga.

Menurut Nabiha, dia banyak mempelajar­i cara menanam daripada laman sosial dan Internet selain berkongsi minat dengan rakan yang mempunyai minat sama. Baginya bercucuk tanam tidaklah sukar kerana kebanyakan sayuran yang dipilih senang hidup dan tidak memerlukan penjagaan rapi.

Namun, katanya, ada kalanya dia perlu berulang kali menanam benih yang sama kerana tidak menjadi, namun sekiranya benih yang disemai mengeluark­an pucuk atau akar, ia cukup menggembir­akan hatinya serta tidak sabar menunggu hasil daripada pokok berkenaan.

Lama-kelamaan, katanya, dia semakin mahir menanam dan seronok dengan hobi barunya itu apatah lagi anaknya dapat bermain bebas sambil menikmati keindahan kebun dapur yang diwujudkan­nya.

“Ia menjadi satu kepuasan buat saya apabila dapat masak dan makan hasil sayur yang ditanam sendiri. Memang ada sesetengah sayuran kadang-kadang ambil masa lama sebelum boleh dituai, tapi berbaloi sebab sayur kita tanam ini tidak menggunaka­n racun.

“Kalau beli sayur di pasar, sesetengah­nya tidak terjamin sama ada bebas racun serangga yang berbahaya, jadi ada baiknya saya menanam sendiri sayur di rumah.

“Lagipun, saya hanya berdua dengan suami di rumah, hendak beli sayur di pasar kadang-kadang tidak habis dimakan, jadi dengan ada kebun sendiri kita boleh dalam jumlah yang diperlukan saja.

“Lagipun saya hendak manfaatkan tanah sekangkang kera yang ada ini. Seronok tanam sayur, rasanya lebih segar. Macam kubis yang saya tanam di sini lebih manis rasanya,” katanya.

Nabiha turut mengakui dapat banyak berjimat selepas menanam sendiri sayuran kerana ada antaranya seperti cili yang dijual agak mahal dapat dipetik sendiri jika dia memerlukan­nya.

Katanya, dia dan suami menyukai masakan pedas dan cili menjadi keutamaan dalam hidangan mereka berdua. Oleh itu, dia tidak perlu risau jika harga cili di pasaran melambung kerana bahan masakan itu boleh dipetik di laman sendiri.

 ??  ?? NABIHA bersama kebun dapur yang diusahakan.
NABIHA bersama kebun dapur yang diusahakan.
 ??  ?? ANTARA tanaman yang ada.
ANTARA tanaman yang ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia