Harian Metro

HRC Melaka bergegar lagi

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Peminat muzik rock di Melaka baru saja menikmati persembaha­n daripada band rock popular pertengaha­n era 1980-an, Bumiputra Rockers di Hard Rock Cafe Melaka pada hujung bulan lalu.

Kini pentas Hard

Rock Cafe Melaka sekali lagi bakal bergegar dengan pelbagai genre muzik metal yang akan berlangsun­g pada 11 November ini bermula jam 3 petang hingga 7 malam.

Persembaha­n ini ibarat satu penanda aras yang baik buat peminat serta penggiat muzik sedemikian kerana diberi ruang dan peluang untuk beraksi di pentas yang cukup eksklusif.

Sebanyak enam kumpulan dengan pelbagai genre muzik iaitu Colourful Bullet, Hayagriva, The Dirty Dxxx, Inhuman, Hidden Silence dan Puakerysm akan memeriahka­n siri Live Music ini.

Mungkin nama ini agak asing terhadap penggemar muzik arus perdana.

Bagaimanap­un, peminat tegar muzik yang bergerak secara undergroun­d pada lewat 1980-an pastinya masih mengingati band Colorful Bullet yang berpusat di Butterwort­h, Pulau Pinang.

Kini, selepas lebih 30 tahun menyepi, Colorful Bullet bakal menghiburk­an peminat di pusat hiburan dengan alunan muzik keras mereka.

Colorful Bullet ditubuhkan oleh Jeff (bass), Faizal aka Ordil Jay Sven (gitar), Zaiful (dram) dan Am (vokalis) pada 1986.

“Kehadiran kami bertujuan sebagai penyeri untuk persembaha­n nanti, selain memberi informasi kepada peminat muzik tempatan bahawa Colorful Bullet juga menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah muzik undergroun­d yang berkembang di Malaysia sejak 1988.

“Memang kami tak pernah hasilkan sebarang pita demo, namun Colorful Bullet berjaya memahat memori di ruang hati rakan di Kuala Lumpur dengan beraksi di Metallica Lounge, Kompleks Pertama pada lewat tahun 1980-an dan terus terpahat menjadi sebutan dan memori dalam lipatan sejarah era muzik undergroun­d Malaysia,” kata Ordil Jay Sven.

InHuman pula ditubuhkan sekitar 1991

6 kumpulan dengan pelbagai genre muzik metal

meriahkan siri Live Music pada 11 November

dan pernah beraksi bersama band hebat pada awal kemunculan mereka.

Mereka pernah beraksi di Ipoh sewaktu siri konsert The Gathering.. bersama Infectious Maggots, Langsuyr, Social Infection dan Parasite pada 1993.

“Tahun 2017 seakanakan menyedarka­n kami daripada lena yang panjang. Apatah lagi ketika ini terlalu banyak band yang ditubuhkan.

“Bagaimanap­un, kehadiran kami sekadar memberi warna kepada arus muzik undergroun­d. InHuman berjaya menghasilk­an sebuah EP berjudul ‘Awakend At World’s End’ pada 2015,” kata pemain gitarnya, Ehsan Yusoff.

Sementara itu, empat lagi kumpulan iaitu Puakerysm, Hayagriva, Hidden Silence dan The Dirty Dxxx yang semuanya kini bergelar ‘otai’ dalam undergroun­d menjanjika­n persembaha­n yang mantap dan menghiburk­an peminat yang hadir nanti.

Peminat yang berminat menyaksika­n persembaha­n ini boleh mendapatka­n tiket masuk berharga RM40 (termasuk minuman ringan) di pintu masuk Hard Rock Cafe Melaka pada hari persembaha­n.

 ??  ?? THE Dirty Dogs
THE Dirty Dogs
 ??  ?? INHUMAN.
INHUMAN.
 ??  ?? PUAKERYSM
PUAKERYSM
 ??  ?? HIDDEN Silence
HIDDEN Silence

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia