Harian Metro

Nafas baru karya klasik

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Branagh tertarik cara Agatha Christie gambarkan

15 watak dalam novel Murder on the Orient Express

Sewaktu pengarah Kenneth Branagh masih kanak-kanak, ibunya gemar membaca novel fiksyen berkaitan kes siasatan jenayah.

Antara karya yang mencuri perhatiann­ya ketika itu adalah novel penulis terkenal Agatha Christie, Murder on the Orient Express.

“Ia karya bagus kerana plot cerita sangat jelas dan menarik. Saya masih ingat saat membaca buku itu dan menghayati ceritanya,” katanya.

Novel yang diterbitka­n pada 1934 itu mengisahka­n pembunuhan lelaki bernama Samuel Ratchett dalam kereta api Orient Express dan penyiasat warga Belgium, Hercule

Poirot perlu menyelesai­kan kes itu dalam masa singkat.

Seramai 13 individu disyaki pembunuh lelaki itu dan suspek perlu dicari sebelum kereta api itu tiba di Paris.

Terpesona dengan perkembang­an cerita novel itu dan siasatan Poirot membuatkan Branagh berminat mengangkat novel itu ke layar perak.

Malah, Branagh turut membintang­i watak Poirot dan filem itu dijangka menemui penonton di Malaysia pada 30 November ini.

“Saya bukan bermaksud novel itu adalah yang terbaik. Cara Agatha Christie menerangka­n serta menggambar­kan 15 watak mudah difahami pembaca,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai pembikinan filem berkenaan, Branagh menjelaska­n tindakanny­a memberi nafas baru kepada karya berusia 84 tahun itu supaya ia seiring dengan peredaran masa kini.

“Dunia sudah berubah dan karya hebat juga perlu adaptasi dengan suasana zaman sekarang. Selain itu, saya juga ingin melihat bagaimana setiap watak seperti Ratchett berkembang,” katanya kepada ABC, baru-baru ini.

Bagi versi Branagh, filem itu memulakan kisahnya di Baitulmaqd­is dengan memaparkan Poirot sedang menyelesai­kan sebuah kes membabitka­n kecurian barang antik.

“Saya mahu penonton menyaksika­n permulaan filem dengan Poirot beraksi. Jadi, apabila babak kereta api bermula, penonton sudah mengetahui latar belakangny­a,” katanya.

Selain Branagh, filem Murder on the Orient Express turut menampilka­n barisan pelakon terbaik Hollywood seperti Penelope Cruz, Willem Dafoe, Judi Dench, Johnny Depp, Michelle Pfeiffer, Daisy Ridley dan Josh Gad.

 ??  ?? ANTARA babak dalam Murder on the Orient Express.
ANTARA babak dalam Murder on the Orient Express.
 ??  ?? Saya mahu penonton menyaksika­n permulaan filem dengan Poirot beraksi. Jadi, apabila babak kereta api bermula, penonton sudah mengetahui latar belakangny­a
Saya mahu penonton menyaksika­n permulaan filem dengan Poirot beraksi. Jadi, apabila babak kereta api bermula, penonton sudah mengetahui latar belakangny­a

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia