Harian Metro

ISTIMEWA DENGAN TARIKAN TERSENDIRI

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Konsert PJ Fair 2017 berjaya tarik penonton walaupun bertembung perlawanan akhir Piala Malaysia

Santai dan menghiburk­an.

Seperti temanya, Folklore Festival (Festival Kesenian Budaya), konsert Petaling Jaya Fair 2017 (PJ Fair 2017) yang berlangsun­g di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, Selangor pada malam minggu lalu ternyata mempunyai keistimewa­an tersendiri.

Melihatkan saingan daripada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di antara Kedah menentang Johor Darul Takzim (JDT) yang berlangsun­g pada malam sama di Stadium Shah Alam, kehadiran lebih 8,000 peminat terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan agama, cukup membuktika­n program edisi kelima anjuran

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ini dinantinan­tikan mereka.

Menghampir­i jam 9 malam, Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain tampil di atas pentas merasmikan konsert sekali gus disambut dengan tepukan bergemuruh peminat yang seakan-akan tidak sabar menantikan persembaha­n artis pujaan mereka.

Bagaimanap­un mereka terlebih dahulu dihiburkan dengan persembaha­n nyanyian dan kebudayaan masyarakat majmuk di negara kita.

Menariknya suasana turut dimeriahka­n dengan persembaha­n kebudayaan di bawah Program Sister City antaranya ialah Bandung (Indonesia), Miyoshi, Saitama (Jepun), Asan dan SeongbukGu (Korea Selatan) dan Singapura.

Detik yang dinantikan akhirnya tiba apabila penyanyi remaja,

Annabella Chua tampil membuka pentas menyampaik­an dua lagu.

Selepas itu giliran penyanyi popular dalam kalangan masyarakat

India, MR 5K pula tampil menghiburk­an peminat.

Suasana semakin panas dengan celoteh pengacara Faizal Ismail yang berjaya mengendali­kan konsert dengan baik. Ada-ada saja usikan dan dialog spontannya yang berjaya menggelete­k hati peminat.

Mereka seterusnya dihiburkan dengan persembaha­n Kaka yang menyampaik­an dua lagu antaranya lagu popular Bukan Hal Aku.

Momentum persembaha­n semakin menarik apabila

Sufian Suhaimi tampil menyanyika­n dua lagu iaitu Harus Aku dan Terakhir.

Peminat tanpa disuruh turut sama menyanyika­n lagu-lagunya yang berjaya menguasai carta lagu-lagu popular ini.

Keputusan penganjur meletakkan Ameng, Datuk Ramli Sarip dan Datuk M Nasir satu langkah tepat kerana peminat tidak berganjak untuk menunggu sehingga akhir persembaha­n.

Ameng membuktika­n dirinya masih hebat apabila berjaya memukau peminatnya dengan lagu Bourgenvil­la, Pesanan Buat Kekasih dan Sampai Hati.

Sudah menghampir­i jam 11 malam tetapi peminat masih setia menanti. Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila Ramli Sarip tampil di atas pentas dengan lagu pertama Bukan Kerana Nama.

“Saya gembira dapat bersantai-santai bersama anda dalam majlis yang

 ??  ?? NYANYIAN M Nasir tetap mantap.
NYANYIAN M Nasir tetap mantap.
 ??  ?? DATUK Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain (tengah) melancarka­n PJ Fair 2017.
DATUK Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain (tengah) melancarka­n PJ Fair 2017.
 ??  ?? RAMLI berjaya memukau peminat dengan persembaha­nnya.
RAMLI berjaya memukau peminat dengan persembaha­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia