Harian Metro

Beri gelaran amat buruk kepada pihak media

-

Ketika SS bersama seorang rakan bercerita mengenai sebuah filem tempatan yang menjalani penggambar­an di luar negara, tiba-tiba seorang lagi rakan menyampuk.

Namun, apa yang diceritaka­n rakan SS itu sangat mengejutka­n apabila penerbit filem itu menyamakan rakan media yang hadir pada sebuah majlis anjurannya seperti anjing.

SS yang kebetulan sedang minum terus tersedak. Mengucap panjang SS kerana sampai hati penerbit itu menggelar pihak media sedemikian.

Kata rakan SS, ia berpunca apabila terdapat individu pada majlis berkenaan membuat aduan berkenaan layanan diberikan kepada tetamu terutama membabitka­n hidangan disediakan.

Sedangkan menurut rakan SS, persetujua­n awal berbeza daripada apa yang disediakan pada majlis itu. Alasan diberikan penerbit itu adalah berlaku salah faham.

Pihak yang membuat aduan itu pun okey, namun apa yang diatidak puas hati apabila penerbit itu menyamakan pihak media dengan haiwan.

Kononnya, ketika itu pihak media membuat bising dengan ketawa terbahak-bahak.

Menurut rakan SS, ketika itu majlis sudah berakhir dan masingmasi­ng duduk sementara menunggu kesesakan jalan raya lengang. Jadi, tidak timbul isu pihak media mengganggu ketenteram­an majlis.

SS: Akhirnya filem yang ditayangka­n itu pun tidak berjaya. Sambutan

sangat hambar!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia