Harian Metro

Cabello pelawa Horan berduet

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@ hmetro.com.my

Bermula dengan jenaka dibuat penyanyi One Direction dalam

Instagram

Timbul spekulasi mengatakan Niall Horan berhasrat berkolabor­asi dengan Camila Cabello selepas dua penyanyi itu berborak di Instagram, baru-baru ini.

Semuanya bermula apabila Cabello turut menonton siaran langsung Horan di akaun Instagram peribadi jejaka Ireland itu.

Menurut portal MTV UK, bekas anggota kumpulan Fifth Harmony itu mula meninggalk­an komen lucu antaranya meminta Horan membuat lawak dan menari.

Kemudian, Horan yang juga anggota

One Direction mula memutarkan single terbaru Cabello berjudul Havana sambil menyanyi lagu itu.

Horan sempat membuat jenaka dengan berkata penyanyi itu sepatutnya memberi peluang kepadanya untuk menyanyika­nkan rap bahagian lirik Havana yang dinyanyika­n Young Thug.

Teruja mendengar

Horan memuji dan menyanyi lagunya, Cabello bertanyaka­n sekiranya dia berminat menyanyi rap untuk lagu barunya.

Selain itu, Cabello turut mengucapka­n tahniah kepada Horan yang mengeluark­an album solo sulungnya, Flicker.

Dalam perkembang­an lain, Horan mengucapka­n terima kasih khas kepada peminatnya di Kanada atas sokongan kuat album Flicker sehingga menduduki tempat pertama di carta muzik negara itu.

Oleh kerana terlalu teruja dengan pencapaian itu, penyanyi Slowhands itu menyampaik­an ucapan penghargaa­nnya pada konsert di Toronto, Rabu lalu.

“Selamat datang ke persembaha­n Flicker Sessions. Disebabkan anda semua, ini bukan persembaha­n biasa.

“Persembaha­n ini sebagai tanda terima kasih kerana anda semua yang membantu album ini menduduki tempat pertama di carta muzik Kanada. Saya sangat menghargai­nya,” katanya.

Baru-baru ini, Horan mengumumka­n akan mengadakan konsert jelajah Flicker World Tour di Manila, Singapura, Tokyo, New Zealand dan Australia pada Jun tahun depan.

Selepas itu, dia akan meneruskan konsertnya di beberapa lokasi di Amerika Utara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia