Harian Metro

Utama pelihara alam sekitar

-

Pendidikan Alam Sekitar perlu dijadikan sebagai subjek dalam sukatan pelajaran di pelbagai peringkat supaya usaha itu dapat membantu kewujudan kesedaran terhadap kepentinga­n alam sekitar.

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, cadangan itu sebenarnya perlu disokong dan dimasukkan di dalam kurikulum sekolah.

“Jika boleh dilaksanak­an, pendidikan alam sekitar harus bermula daripada peringkat tadika sehingga ke tahap universiti demi memastikan bahawa subjek itu difahami sepenuhnya dan menjadi budaya dalam kalangan generasi muda kita.

“Saya percaya jika kita dapat memupuk semangat cintakan alam semula jadi pada usia muda, generasi akan datang dapat melindungi alam sekitar.

“Ia mampu mengelakka­n pencemaran bunyi, udara dan air menjadi bertambah buruk serta bencana alam buatan manusia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Kelmarin, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya sedang membincang­kan perkara itu dengan pegawai tertinggi Kementeria­n Pendidikan.

Dalam laporan itu, ia membabitka­n perbincang­an berhubung cadangan memasukkan subjek alam sekitar dalam silibus sekolah dan mereka menerima baik idea berkenaan.

Beliau berkata, semua pihak perlu membentuk anak menjadi insan bertanggun­gjawab dan prihatin tentang kepentinga­n alam sekitar.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia