Harian Metro

Amal pemeriksaa­n kesihatan elak diabetes

-

Subang Jaya: Mengabaika­n tanggungja­wab diri dengan tidak menjalanka­n pemeriksaa­n kesihatan, selain tidak mengawal aspek pemakanan membolehka­n seorang individu berhadapan dengan diabetes.

Hal ini diakui sendiri Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Feisul Idzwan Mustapha disebabkan ramai penghidap diabetes tidak mengetahui mereka menghidap penyakit itu.

“Ia datang dari kesedaran sendiri, bahkan kerajaan menggalakk­an masyarakat melakukan pemeriksaa­n kesihatan di hospital kerajaan dan klinik kesihatan.

“Masyarakat luar bandar, golongan pertengaha­n (M40) dan rendah (B40) cenderung menghidap diabetes disebabkan gaya hidup kurang aktif dan tidak mengamalka­n gaya pemakanan sihat dan sembang,” katanya pada majlis pelancaran kempen

anjuran Nestle Health Science.

Hadir sama, Presiden Diabetes Malaysia Profesor Datuk Dr Ikram Shah Ismail, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Health Science Emilyn Loo, Ketua Pakar Diet Bahagian Pengajian Diet dan Perkhidmat­an Makanan Institut Jantung Negara (IJN) Foong Pui Hing dan Pakar Psikologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Yang Wai Wai.

Kata Dr Feisul, menurut Kajian Kesihatan & Morbiditi Nasional 2015, 3.5 juta orang dewasa atau setiap satu daripada lima rakyat Malaysia didiagnosi­s dengan penyakit berkenaan.

 ??  ?? DARI kanan, Emilyn, Dr Ikram, Dr Feisul dan Foong melancarka­n kempen Start Right Stay Right.
DARI kanan, Emilyn, Dr Ikram, Dr Feisul dan Foong melancarka­n kempen Start Right Stay Right.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia