Harian Metro

Berani kau berhenti!

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

 Tukang urut berlumuran darah dibelasah majikan guna mangga

Seorang tukang urut menerima enam jahitan di kepala akibat dibelasah teruk majikannya selepas mangsa menyatakan hasrat mahu berhenti kerja.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 18 tahun itu didapati bekerja di pusat urutan terapi di Taman Segar, di sini.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila mangsa wanita bersama dua rakannya berjumpa dengan majikan di premis itu pada jam 11.40 pagi kelmarin.

Katanya, sewaktu pertemuan itu mangsa memaklumka­n kepada majikannya dia mahu berhenti kerja dan menyerahka­n semula peralatan kerja diberikan.

“Bagaimanap­un, majikan terbabit berang dengan tindakan wanita itu yang mahu berhenti kerja secara mendadak hingga berlaku pertengkar­an antara mereka.

“Difahamkan pemilik pusat urutan itu turut mengeluark­an kata-kata kesat dan bertindak agresif dengan memukul mangsa menggunaka­n mangga pintu sehingga menyebabka­n berlaku pendarahan di kepala pekerjanya.

“Susulan itu, mangsa mendapatka­n rawatan di klinik berdekatan dan menerima enam jahitan di kepala. Mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Cheras, sejurus kejadian,” katanya.

Jelasnya, siasatan lanjut dijalankan oleh polis mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangk­an kecederaan menggunaka­n senjata.

 ??  ?? KEADAAN mangsa yang berlumuran darah dihentak majikan. MANGSA cedera di kepala selepas dibelasah majikannya di premis urutan terapi di Taman Segar Cheras, Rabu lalu.
KEADAAN mangsa yang berlumuran darah dihentak majikan. MANGSA cedera di kepala selepas dibelasah majikannya di premis urutan terapi di Taman Segar Cheras, Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia