Harian Metro

Parah rempuh kereta polis

-

Petaling Jaya: Seorang lelaki parah sejurus motosikal ditunggang tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang kereta Unit Peronda Polis (MPV) yang berhenti di tengah Lebuhraya Persekutua­n, di sini.

Dalam kejadian jam 6.20 pagi, kereta MPV itu dikatakan berhenti di lorong kedua lebuh raya untuk membantu kereta Perodua Myvi yang rosak tiba-tiba di laluan sama berhampira­n susur keluar Subang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, motosikal ditunggang mangsa tiba-tiba muncul dan melanggar kereta polis ketika anggota MPV membuat kawalan di lokasi sambil membantu pemandu kereta yang rosak itu.

 ??  ?? ORANG ramai dan pasukan perubatan membantu mengangkat mangsa.
ORANG ramai dan pasukan perubatan membantu mengangkat mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia