Harian Metro

Rumah pusaka mentua hangus dimamah api

-

Kuala Berang: “Mulanya saya ingat budak-budak main mercun, tetapi lama-kelamaan bunyinya semakin kuat dan sebaik keluar didapati rumah pusaka dihuni abang ipar terbakar,” kata Abd Aziz Jusoh, 58, dari Kampung Kuala Por di sini.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi menyebabka­n rumah arwah ibu mentuanya yang meninggal dunia hampir sebulan lalu musnah dan semua barangan dalam rumah tidak dapat diselamatk­an.

“Saya tidak sangka bunyi yang disangka mercun itu rupa-rupanya kebakaran membabitka­n rumah arwah ibu mentua. Saya tidak mampu berbuat apa-apa, hanya menyedarin­ya selepas api marak dan menjulang tinggi.

“Bagaimanap­un, saya sekeluarga bersyukur kerana abang ipar yang tinggal di rumah tiada ketika itu kerana ke kedai makan berhampira­n,” katanya.

Abang ipar Abd Aziz yang juga penghuni rumah, Kamaruddin Sulaiman, 60, berkata, dia keluar minum di kedai berhampira­n kira-kira jam 12 tengah malam sebelum dimaklumka­n kejadian itu oleh jirannya.

“Saya terus pulang dan melihat rumah arwah ibu

 ??  ?? KAMARUDDIN melihat rumah pusaka ibunya yang hangus terbakar di Kampung Kuala Por, Hulu Terengganu.
KAMARUDDIN melihat rumah pusaka ibunya yang hangus terbakar di Kampung Kuala Por, Hulu Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia