Harian Metro

Lawan mengemping

- Mohd Rafi Mamat am@hmetro.com.my

 Penduduk meriahkan pelbagai acara kenduri kampung

Keenakan rasa dan keunikan persembaha­n menjadi kelebihan kepada pasukan Serai Putih muncul juara pertanding­an mengemping dalam program Moh Mengemping Padi 2017 di dataran awam Kampung Pahang Tua, di sini, kelmarin.

Program musim kedua anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan

Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Pahang Tua itu menarik penyertaan sembilan pasukan tempatan dan luar daerah ini bersaing memburu kejuaraan untuk membawa pulang wang tunai keseluruha­n RM4,500 dan hadiah iringan.

Sempena program itu, turut diadakan pelbagai aktiviti seperti kenduri kampung, pertanding­an memancing dalam parit, gerai jualan, pameran, gubahan, pemeriksaa­n kesihatan, futsal, sukaneka dan persembaha­n nyanyian yang menarik kehadiran lebih 3,000 pengunjung.

Sasiah Harun, 66, yang mewakili pasukan Serai Putih berkata, kegagalan pada pertanding­an pertama tahun lalu menjadi pengajaran berguna kepadanya dan empat ahli untuk membaiki kelemahan. Katanya, menggunaka­n padi separuh masak yang direndam 12 jam sebelum digoreng selama lima minit, aktiviti menumbuk dengan lesung tangan atau kaki dilakukan berterusan tanpa henti antara lima hingga 10 minit.

“Saya berpengala­man lebih 40 tahun dalam menyediaka­n makanan tradisiona­l itu yang membabitka­n beberapa jenis seperti emping raja, emping kelapa, emping serawa yang begitu terkenal di daerah ini satu ketika dulu terutama pada musim menuai.

“Emping menjadi antara makanan utama masyarakat zaman dulu disediakan secara gotong-royong dalam kalangan keluarga dan masyarakat kampung,” katanya yang kini turut terbabit aktiviti menanam padi di kawasan Jelapang Padi Negara Pahang Tua.

 ??  ?? PESERTA bekerjasam­a menghasilk­an emping pada program Moh Mengemping Padi 2017 di Kampung Pahang Tua.
PESERTA bekerjasam­a menghasilk­an emping pada program Moh Mengemping Padi 2017 di Kampung Pahang Tua.
 ??  ?? PESERTA menumbuk emping.
PESERTA menumbuk emping.
 ??  ?? PESERTA menampi emping.
PESERTA menampi emping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia