Harian Metro

Perlu dapat nasihat pakar JAS

-

Amaran dan nasihat pakar terutama daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam melaksanak­an pelbagai pembanguna­n di kawasan kepadatan penduduk tinggi penting bagi menangani masalah banjir yang boleh menyebabka­n kerugian jutaan ringgit.

Timbalan Menteri

Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, projek pembanguna­n yang dilaksanak­an pihak tertentu perlu mendapatka­n nasihat pakar supaya tidak memberi kesan kepada alam sekitar yang akhirnya mengundang bencana alam.

Beliau berkata, walaupun banjir kilat yang berlaku di bandar raya ini tidak dapat dielakkan, namun pihak berkaitan sedaya upaya meminimumk­an kerugian selain mengambil langkah proaktif bagi memastikan keadaan itu tidak berlanjuta­n.

“Apabila pembanguna­n dilaksanak­an tanpa kawalan atau mengabaika­n alam sekitar selain enggan mendengar nasihat pakar, maka terjadilah banjir kilat yang akan merugikan banyak pihak,” katanya ketika ditemui pada Karnival Jom Bantu Rakyat-Komuniti Ceria Parlimen Titiwangsa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Cochrane Perkasa, di sini, semalam.

 ??  ?? MENTERI Kewangan 11, Datuk Seri Johari Ghani (lima dari kiri) dan Dr Loga (dua dari kiri) melawat kaunter urutan pada Karnival Jom Bantu Rakyat, semalam.
MENTERI Kewangan 11, Datuk Seri Johari Ghani (lima dari kiri) dan Dr Loga (dua dari kiri) melawat kaunter urutan pada Karnival Jom Bantu Rakyat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia