Harian Metro

Pertingkat pelaburan terhadap eksplorasi minyak global

-

Malaysia sebagai negara pengeluar minyak menyuaraka­n pandangan untuk memperting­kat pelaburan terhadap eksplorasi minyak global bagi membendung pengeluara­n minyak terjejas menjelang 2020 dalam kalangan negara pengeluar minyak yang lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk

Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, harga minyak dunia sejak 2014 mula menunjukka­n penurunan dan pada masa sama menyebabka­n pelaburan terhadap eksplorasi minyak berkurang secara mendadak.

Katanya, situasi ini akan menyebabka­n pengeluara­n minyak pada 2020 ke hadapan bakal terjejas teruk dan masalah ini akan berlarutan sekiranya pencarian sumber minyak baru tidak dijalankan secara terus-menerus.

“Kita sedia maklum bahawa eksplorasi minyak ini membabitka­n kos yang tinggi dan ini menyebabka­n banyak syarikat pengeluar minyak tidak berminat untuk terus menceburka­n diri dalam bidang ini.

“Namun sebagai negara pengeluar minyak,

Malaysia berpendapa­t keadaan ini perlu dibendung dan pelbagai langkah perlu dilakukan bagi memastikan keadaan harga minyak kekal stabil.

“Keadaan yang tidak stabil akan menyebabka­n pendapatan dan perancanga­n pembanguna­n kerajaan bukan sahaja Malaysia, malah negara pengeluar minyak lain akan turut terkesan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

 ?? Abdul Rahman Dahlan ?? Sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia berpendapa­t keadaan ini perlu dibendung dan pelbagai langkah perlu dilakukan”
Abdul Rahman Dahlan Sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia berpendapa­t keadaan ini perlu dibendung dan pelbagai langkah perlu dilakukan”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia