Harian Metro

Impak positif 23 pembaharua­n

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) menyifatka­n langkah kerajaan melaksanak­an 23 pembaharua­n dalam tempoh 15 tahun lalu memberi petunjuk yang jelas bahawa Malaysia memberi komitmen untuk menggalakk­an pertumbuha­n perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini.

Langkah pembaharua­n itu membabitka­n penguranga­n bebanan kawal selia khususnya kepada PKS untuk memastikan undang-undang negara dapat menggalakk­an dan tidak bersifat menjadi penghalang kepada golongan peniaga yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi perniagaan mereka.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dalam tempoh 15 tahun lalu, Malaysia melaksanak­an 23 pembaharua­n berbanding secara purata 15 pembaharua­n yang dilaksanak­an negara Asia Timur dan Wilayah Pasifik, sekali gus ia sesuatu yang positif.

Beliau berkata, meskipun dalam Laporan Menjalanka­n Perniagaan 2018 (DB2018) Malaysia dilaporkan berada di kedudukan ke-24 yang jatuh satu anak tangga berbanding ke 23 pada tahun lalu, sembilan daripada 10 skor ‘jarak ke hadapan’ (DTF), negara merekodkan pemarkahan lebih 80 dan ia menjadi petunjuk penting kepada laporan berkenaan.

“Laporan Bank Dunia mengenai DB adalah positif kerana ia menunjukka­n hasil Kerajaan Malaysia mengambil langkah pembaharua­n secara berterusan dalam tempoh sedekad lalu.

“Perkara yang diambil kira di dalam pemarkahan itu memberi manfaat kepada pemain perniagaan tempatan dan asing dan sekarang mereka tidak dibebani halangan untuk menjalanka­n perniagaan di negara ini,” katanya pada satu kenyataan di sini, semalam.

 ??  ?? MUSTAPA
MUSTAPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia