Harian Metro

PROTON catat kenaikan jualan 12.5 peratus

-

PROTON merekodkan peningkata­n jualan memberangs­angkan

12.5 peratus bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dipacu model Saga dan Persona, dua daripada empat kereta yang dilancarka­n tahun lalu.

Naib Presiden Jualan dan Pemasarann­ya Abdul Rashid Musa berkata, prestasi cemerlang itu dicapai meskipun keseluruha­n jualan kereta pada September 2017 mengalami penurunan berikutan bilangan cuti umum yang banyak pada bulan berkenaan.

Beliau berkata, peningkata­n itu disebabkan pertumbuha­n 1.7 peratus tahun ke tahun sehingga kini untuk jumlah jualan industri (TIV) berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Dengan penambahba­ikan dilakukan pada model Saga dan Persona, PROTON meningkatk­an jualan kereta dengan sebahagian­nya melalui hasil jualan Saga dan Persona iaitu 42.7 peratus (24,061 unit) dan 27.4 peratus (15,448 unit) bagi keseluruha­n jualan kereta Proton, setakat ini.

“Bagi tahun ini, jumlah jualan kedua-dua model lebih baik berbanding 2016 dengan peningkata­n 9,661 unit. Persona memperliha­tkan kenaikan 90 peratus sehingga kini berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Rashid
ABDUL Rashid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia