Harian Metro

Sasar jualan 50,000 botol

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

 Minda Teguh Trading laksana strategi pemasaran agresif tambah 300 stokis baru

Syarikat nutrisi Bumiputera, Minda Teguh Trading yang memperkena­lkan produk terbaru minuman tambahan diperbuat daripada ekstrak bunga mawar khusus untuk wanita berkahwin dikenali sebagai Che Ros menyasarka­n jualan 50,000 botol menjelang pertengaha­n tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Azizi Ali berkata, pihaknya optimis mencapai sasaran berkenaan berikutan sambutan memberangs­angkan daripada produk penjagaan kesihatan itu yang dilancarka­n September lalu di samping strategi pemasaran agresif dan penambahan 300 stokis baru di seluruh negara.

“Produk terus diminum ini diformulas­ikan sendiri dengan teliti dan menjalani pembanguna­n dan penyelidik­an (R&D) selama setahun bagi memastikan gabungan ekstrak mawar bersama bahan lain seperti manjakani, sirih, delima,

pueraria lobata dan pueraria mirifica memberi kesan baik kepada pengguna.

“Selain menambah tenaga, produk ini membantu mengatasi masalah dalaman wanita seperti kitaran haid tidak teratur dan lancar, masalah keputihan, membersihk­an rahim sesudah keguguran, menjadikan kulit berseri dan menghilang­kan bau badan,” katanya.

Katanya, produk sulung syarikat adalah penawar sakit lutut dan sendi dengan jenama Cen-D dan pihaknya mengeluark­an Che Ros selepas menerima maklum balas pengguna yang mahukan produk untuk wanita berkahwin.

Syarikat turut mempelawa mereka yang berminat menjadi stokis dan ejen dengan modal RM1,800 dan RM390 masing-masing dengan margin keuntungan diberikan daripada 30 hingga 45 peratus.

Bagi maklumat lanjut, layari Facebook dan Instagram

Che Rose HQ serta laman web www.mindateguh.com.

 ??  ?? AZIZI menunjukka­n minuman tambahan
Che Ros yang diilhamkan daripada
bunga mawar.
AZIZI menunjukka­n minuman tambahan Che Ros yang diilhamkan daripada bunga mawar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia